Komen Harga Rumah di Malaysia

rumah teres dua tingkat

Tahun 2020, perlu gaji 12,000 untuk bayar ansuran pembelian rumah

Anda pernah membaca artikel bahawa harga rumah melonjak saban waktu sehingga kita tidak tahu sehingga tahap manakah harga rumah akan melambung. Ada analisa menyatakan bahawa kita perlu gaji sebanyak RM 12,000 untuk memungkinkan kita selesa membayar ansuran rumah. RM 12,000???

Kalau kita lihat situasi sekarang pun memang harga rumah melambung tinggi terutamanya di kawasan yang sedang membangun. Justeru, pihak berwajib perlu memandang serius akan hal ini. Apa nasib generasi akan datang jika harga rumah makin tidak terkawal kenaikkannya?

Malaysia bukan seperti singapore yang mana tanahnya adalah terhad. Malaysia memiliki sangat banyak rizab tanah yang boleh dibangunkan. Mungkin sikap sesetengah pemaju yang inginkan keuntungan berlipat kali ganda menyebabkan kenaikan harga yang tidak terkawal ini.

Salah satu faktor kenaikan harga yang sangat tinggi ini adalah apabila ada insan tamak yang mengambil untung atas angin contohnya membeli rumah yang belum dibina dengan harga lebih murah kemudian menjualnya semula apabila rumah tersebut telah siap. Mereka yang mempunyai tahap kewangan yang tinggi ini selalu melakukan perkara ini. Hal ini menyebabkan golongan berpendapatan sederhana sukar membeli rumah idaman masing-masing.

Justeru, bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini? Salah satunya adalah dengan mengawal kenaikan harga rumah dengan drastik. Keduanya adalah dengan mewujudkan peluang pekerjaan yang memberikan pendapatan yang lumayan. Ringkasnya, kenaikan harga rumah yang pasti berlaku perlu dikawal disamping mewujudkan masyarakat yang berpendapatan tinggi.

Sambung pengajian selepas SPM: Tingkatan Enam atau Matrikulasi?

stpm vs matrikulasi

Matrikulasi vs STPM, mana lebih susah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Seringkali adik-adik lepasan SPM tertanya-tanya ke manakah haluan mereka selepas SPM? Ada yang memikirkan untuk memasuki pengajian matrikuasi dan sebahagiannya ingin memasuki STPM. Salah satu persoalan yang selalu bermain di minda adalah “Mana yang lebih susah, matrikulasi atau STPM?

Jika anda bertanya pada saya tentulah saya akan mengenyorkan Matrikulasi kerana STPM lebih susah. STPM susah kerana silibusnya yang lebih banyak di samping suasana pengajian di sekolah harian yang mengurangkan motivasi pelajar. Jika di Matrikulasi, sistem pembelajarannya adalah hampir sedikit kepada pengajian ala universiti. Selain itu, bilangan pelajar yang lebih ramai membolehkan pembelajaran berlangsung lebih baik dan memudahkan perbincangan dijalankan. Pelajar yang berjaya masuk ke program matrikulasi kebiasaanya terdiri daripada pelajar cemerlang dari seluruh negara.

Sistem pembelajaran di matrikulasi yang terdiri daripada sistem kuliah ala universiti dan kelas tutorial untuk perbincangan lebih mendalam amat menyeronokkan. Itulah pengalaman saya belajar di Matrikulasi 11 tahun yang lalu.

Jika anda fokus dalam pelajaran anda, adalah mudah untuk anda mendapat purata nilai gred keseluruhan melebihi 3.5/4.0 di mana kelayakan biasa untuk lepasan matrikulasi ke universiti adalan 2.0 keatas. Atas sebab bilangan pelajar pintar semakin meningkat di samping kuota kemasukan ke universiti yang tidak begitu banyak, maka pelajar-pelajar perlu mendapatkan keputusan sebaik mungkin untuk menepatkan diri di universiti tempatan kerana pelajar diambil berdasarkan markah terbanyak.

Nasihat saya, mohon matrikulasi semasa anda masih tingkatan lima. Minta guru membantu anda mendapatkan borang permohonan kemasukan. Jika tidak berjaya menempatkan diri ke matrikulasi, STPM adalah pilihan kedua. Kelebihan STPM berbanding Matrikulasi adalah berdasarkan kepada nilai sijil. Sijil matrikulasi hanya sah digunakan untuk memohon kemasukan ke Universiti namun tidak laku untuk mencari pekerjaan. Namun, sijil STPM sah digunakan untuk mencari pekerjaan.

page 1 of 504»
BLOGGER: Mr.PiNGu

Mr.PiNGu @Osh

>> Follow Saya Yer <<

___________________________________

___________________________________

Follow Me
FacebookGooglePlusTwitter
PILIH KATEGORI ARTIKEL
SPONSOR
JOM FOLLOW! Untuk Update Terkini
KoMuNiTi gempakZ on Facebook
STATISTIK & SUBSCRIBE
Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12

Free directory submissions
PING & BACKLINK My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free Personal blogs
Text Backlink Exchanges free web site traffic and promotion
CERITA MENARIK
Archives
STATISTIK PELAWAT