Assalamualaikum! Petang tadi member ajak makan di burger King di area UTM Skudai. Sebenarnya walaupun burger King tu dah beroperasi dalam dua tiga tahun ni namun sambutannya tidaklah sebaik Mac Donald yang terletak sangat dekat dengan burger King tu. satu yang saya perasan harga menu di burger King lebih mahal dan rasanya kalau dibandingkan Burger King dengan mac Donald, saya lebih memilih Mac Donald. Akan tetapi, saya agak terkejut kerana ada promosi yang agak menarik daripada Burger King.
Promosi yang saya maksudkan adalah dengan membeli 2 set hidangan dengan harga lebih kurang RM 10! Cukup berbaloi. Anda akan dibekalkan dengan 2 ketul burger, 2 set kentang medium dan juga 2 cawan air bersaiz medium. Saya difahamkan promosi ini hanya dibuka dari jam 6 petang sehingga 9 malam. Kepada yang nak dapatkan set hidangan yang cukup berbaloi ni cepat-cepat pergi ke Burger King berhampiran anda. Sekian sahaja.







