
Assalamualaikum.. Kalau korang nak tau A&W ni merupakan satu jenama Fast Food yang agak lama dan terkenal juga. Namun begitu yang saya hairan mengapa sukar nak jumpa A&W ni jika nak dibandingkan dengan KFC, MacDonald dan seangkatan dengannya. Kalau di tempat saya di Johor Bahru ni pun bilangannya boleh dikira dengan jari.
Gambar diatas saya tangkap masa bersiar-siar di Jusco Bukit Indah. Disini ada satu yang agak besar tempatnya. Kalau di Jusco lain di sekitar JB saya tak pasti ada ke tak A&W ni. Macam tak perasan ada.
A&W ni menunya saya tak berapa nak tangkap sebab saya pun pernah makan di tempat ini tak sampai 10 kali sepanjang hidup ni. macam saya katakan kerana susah nak jumpa tempat ni. Tetapi yang saya tak lupa di A&W ni ialah Root Beer dia yang memang tiada tandingan. Kalau letak Aiskrim lagilah enak. Terliur pula. Disebabkan Root Beer ni dah pun ada jual di kedai-kedai maka air ni takla seberapa exclusive lagi. Tak pergi A&W pun boleh dapat juga.
Ada sapa-sapa nak ajak saya + Belanja saya di A&W? Kalau ada saya On je. Orang nak belanja kan sapa nak tolak. hehe.. Lapar pula rasanya nak pergi makan jom!







