Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan(al-Hujurat: ayat 6)
Peristiwa penyampaian berita palsu tanpa usul periksa sudah lama berlaku sejak zaman kerasululan nabi Muhammad s.a.w. Namun segala apa yang terpapr melalui dada sirah Rasulullah s.a.w. adalah cerminan agar umat manusia sepanjang zaman mengambil nilai dan bersedia tadabbur dengan apa yang dibentangkan dalam al-Quran. Berpegang dengan sikap berhati-hati dalam manyampaikan berita juga menerima berita adalah menjadi pegangan orang-orang yang beriman. berita yang datang seharusnya disiasat terlebih dahulu sebelum dijadikan bahan bicara dan pegangan. Hal itu sangat tidak sesuai dengan amalan orang yang beriman.
Dalam ayat tersebut Allah menyatakan perkataan orang fasik yang membawa berita tersebut. So, siapakah fasik dalam Islam ni? Di sini saya bawakan sedikit perbincangan tentang pengertian istilah ini:
Pengertian fasik: Fasik ialah orang yang keluar dari garis panduan Islam. Mengikut takrifan syarak, fasik ialah orang yang tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa besar atau mengerjakan dosa-dosa kecil secara berkekalan. fasik terbahagi kepada tiga peringkat:
Peringkat pertama: melakukan dosa besar secara sekali sahaja. selepas dia melakukan perbuatan tersebut, dia merasa bersalahdan tersangat menyesal terhadap perbuatannya itu.
Peringkat kedua: Melakukan maksiat atau dosa besar dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.
Peringkat ketiga: Melakukan maksiat atau dosa besar di dalam keadaan berterusan, di samping itu dia menganggap betapa buruknya dosa besar yang dilakukannya itu







