•  
  • AGAMA
  • Jadilah Blogger yang beretika

Jadilah Blogger yang beretika


Alhamdulillah, berjumpa juga dengan satu artikel yang baik dan saya sebenarnya sudah berfikir akan hal ini. Jika dulu mungkin ketika awal berblog kita terlupa akan hal yang penting ini namun sekarang saya sudah sedar dan cuba mengelakkan menulis sesuatu yang boleh memberikan saham dosa kepada diri dan juga pembaca.

Mungkin ramai diantara blogger yang tidak mengendahkan hal ini. Sebagai contoh, memaparkan cerita yang tidak benar, berbentuk fitnah dan juga keji-mengeji sesama manusia. Ada juga yang gemar berkongsi gambar wanita tidak menutup aurat, gambar tidak senonoh dan menjijikan dan seumpamanya. Tidakkah anda terfikir bahawa penulisan anda akan kekal di alam maya dan selagi ada orang membacanya selagi itu anda mendapat saham dosa.

Sebaliknya jika anda menulis sesuatu yang baik, berbentuk ilmiah dan berdakwah. Mungkin anda akan mendapat pahala yang tidak putus-putus apabila ada orang yang membacanya. Inilah yang kita mahu. Apakah target anda sebagai Blogger? Mahu meraih populariti? Mahu menarik banyak trafik walaupun dengan artikel yang tidak baik? Anda dikurniakan akal maka berfikirlah sendiri. Disini saya sertakan artikel berkenaan pandangan Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berhubung hal ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menggesa agar para penulis maya di internet, khususnya para blogger supaya memikirkan tentang dosa dan pahala apabila menulis mengenai padangan mereka di blog masing-masing.

Menurut beliau, matlamat tidak menghalalkan cara di dalam memenangi hati para pembaca untuk menerima pendapat dan segala hujah mestilah berpandukan kepada sumber ilmiah serta berfakta supaya mengelak dari sebarang unsur fitnah atau tohmahan.

“Janganlah bila berada di depan komputer (untuk menulis), kita lupa pada dosa dan pahala pula,” katanya ketika menyampaikan ucapan sebagai panel di majlis Himpunan Ulama’, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, di sini hari ini.

Beliau turut mengajak para penulis di alam siber agar bekerjasama dengan golongan ulama di dalam tujuan menyatukan ummah menerusi ruang lingkup maya dengan penyebaran maklumat yang telus dan lebih positif. Pandangan beliau itu turut dikongsi bersama oleh ahli akademik dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Professor Datuk Dr. Sidek Baba, yang menganjurkan agar para ulama, cendekiawan dan blogger menterjemahkan penulisan mereka menerusi strategi eklektik.
Menurut beliau yang turut menjadi panel di majlis tersebut, kaedah elektik merupakan gabungan integrasi ilmu, sejarah kegemilangan silam Islam dan sosiologi moden yang diaplikasikan bersama di dalam usaha menyatupadukan ummah.

“Seorang ilmuan Islam Professor Dr. Taha Jabir membuat kajian mengenai kaedah eklektik yang menggabungkan nilai-nilai tersebut dan ia berkesan,” katanya pada ucapan yang bertema ‘Peranan Ulama dan Cendekiawan Islam Dalam Mendepani Dunia Siber.

Program himpunan tersebut dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Kelab Sahabat Bina Negara dengan kerjasama portal My.KMU.net, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan hadir menyampaikan ucaptama pada kemuncak program, esok.

Share this
6 Comments - Leave a comment
  1. Nani Neijie says:

    Assalamualaikum..wahh..terima kasih..perkongsian yang menarik :D

  2. FazMas says:

    Satu perkongsian yang menarik! Kadang2 blogger ni suka tulis main sedap jer tanpa memikirkan kesannya kelak..

    • Mr.Pingu says:

      ya.. begitulah selalunya… saya dulu pun sama namun kita semakin lama menulis kita sepatutnya lebih membuat peningkatan terhadap kualiti penulisan kita agar lebih bermanfaat buat semua =)

  3. Denaihati says:

    askm. terima kasih berkongsi maklumat penting dan patut dicontohi.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
BLOGGER: Mr.PiNGu

Mr.PiNGu @Osh

>> Follow Saya Yer <<

___________________________________

___________________________________

Follow Me
FacebookGooglePlusTwitter
PILIH KATEGORI ARTIKEL
SPONSOR
JOM FOLLOW! Untuk Update Terkini
KoMuNiTi gempakZ on Facebook
STATISTIK & SUBSCRIBE
Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12

Free directory submissions
PING & BACKLINK My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free Personal blogs
Text Backlink Exchanges free web site traffic and promotion
CERITA MENARIK
Archives
STATISTIK PELAWAT