Kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita lihat. Mungkin kita rasa kita hampir kepada kegagalan tetapi sebenarnya kejayaan sudah hampir kita capai. Justeru, kita perlu sentiasa kuatkan semangat dan sentiasa bermotivasi tinggi untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Mungkin kita mudah iri hati melihat kawan-kawan kita yang senang lenang, ada kemewahan dan sebagainya hakikatnya mungkin rakan kita itu bakal ditimpa musibah seperti muflis dan sebagainya. Sebagai manusia, kita perlu sentiasa berusaha untuk berjaya. Dan jika kita sudah berjaya haruslah kita beringat agar kita tidak jatuh kerana kelalaian kita berada di puncak kejayaan. Sekian sahaja.








