
Memang menyayat hati.. Ibu Kucing telah mati dilanggar namun anaknya masih datang kepanya dan mahu menyusu. Sedih sangat. Saya memang tak boleh lihat binatang ni diseksa atau dianiaya kerana mereka makhluk hidup juga.
Beberapa hari lepas saya ternampak seekor anak musang telah berlari ketakutan dikejar oleh dua ekor kucing pada waktu malam. Kemudia secara tak sengaja anak musang itu telah melintas jalan dan tiba-tiba sebuah kereta telah datang dan melanggar kepalanya sehingga pecah dan binatang itu mati di tempat kejadian. Beberapa saat sebelum mati binatang itu telah melenting-lenting kesakitan. ngeri saya tengok sebab kejadian berlaku depan mata saya. Huhu..
Saya harap binatang apapun mendapat layanan yang baik daripada manusia jika mereka tidak memberi ancaman kepada manusia. Kalau ular tedung ke apa tu kes lainlah kerana bahaya dibiarkan. Sekian sahaja.







