Lukisan Paling Mahal Dunia

Categories: INFOGEMPAKZ
Comments: No Comments
Published on: May 5, 2012

Sebenarnya lukisan ini adalah lukisan kedua paling mahal di dunia selepas potret Monalisa. Kalau kita lihat lukisan tu tiada apa sangat pun yang menariknya. Mungkin kerana lukisan ini telah dihasilkan lebih 100 tahun yang lalu. Saya pun tak berapa arif dalam menentukan harga lukisan ni. Saya lebih tertarik dengan lukisan yang indah bukan abstrak yang selalunya berharga mahal dan kita sendiri susah nak faham mesej lukisan tersebut. baca artikel dibawah:

NEW YORK – Lukisan yang dihasilkan Edvard Munch berjudul The Scream dilelong pada harga AS$120 juta (RM363 juta) kelmarin sekali gus mencatat rekod baharu sebagai hasil seni yang paling mahal pernah dijual dalam satu acara lelongan. Lelongan itu dikendalikan firma Sotheby’s.

Munch menghasilkan lukisan itu pada tahun 1895 dan ia menjadi tarikan utama dalam lelongan tersebut yang dihadiri oleh para pengumpul lukisan, pengedar dan media.

Lukisan itu pada asalnya dijangka dilelong pada harga AS$80 juta (RM242 juta).Namun, dua pembida menaikkan harga bidaan tersebut.

Lelongan itu mengatasi rekod jualan lukisan Picasso, Nude, green, leaves and bust yang dilelong pada harga AS$106.5 (RM323 juta) dua tahun lalu.

“Ia sangat berbaloi untuk dimiliki,” kata Tobias Meyer yang bertanggungjawab menjadi jurulelong.

Meyer menyifatkan The Scream sebagai ikon terhebat dalam seni halus. Bagi peminat seni, The Scream mungkin berada di tempat kedua selepas potret Mona Lisa.

Pembeli lukisan itu tidak didedahkan. –> Kosmo

Share this
No Comments - Leave a comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
BLOGGER: Mr.PiNGu

Mr.PiNGu @Osh

>> Follow Saya Yer <<

___________________________________

___________________________________

Follow Me
FacebookGooglePlusTwitter
PILIH KATEGORI ARTIKEL
SPONSOR
JOM FOLLOW! Untuk Update Terkini
KoMuNiTi gempakZ on Facebook
STATISTIK & SUBSCRIBE
Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12

Free directory submissions
PING & BACKLINK My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free Personal blogs
Text Backlink Exchanges free web site traffic and promotion
CERITA MENARIK
Archives
STATISTIK PELAWAT