Sebagai seorang Blogger anda pasti mahu sajikan info buat pembaca blog anda. Info yang baik adalah info yang asli ditulis sendiri melalui pengalaman dan pengetahuan anda. Namun tidak ada salahnya untuk mengulas sesuatu berita yang diambil daripada sumber lain tetapi perlu diberi kredit kepada sumber dimana berita diambil. Hari ini saya seperti biasa akan meneruskan rutin harian sebagai seorang penyelidik. Memang penat tetapi memberi kepuasan. Sekarang tengah rehatkan minda kejap sambil makan roti dan minum kopi panas. waktu petang-petang ni memang letih rasanya.

Baiklah saya nak ulas sedikit mengenai tugas sebagai seorang penyelidik. Sebagai penyelidik, anda memikul tanggungjawab besar dalam mencari, meneliti dan melaporkan keputusan yang tepat sepertimana yang anda perolehi daripada eksperimen yang anda jalankan. Dalam menjalankan kajian sudah tentu anda mengharapkan sesuatu keputusan itu seperti yang anda jangkakan namun hakikatnya, tidak semudah itu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Anda perlu cuba untuk melakukan eksperimen berulang-ulang kali dan melakukan perancangan yang rapi dalam menjalankan penyelidikan anda. Saya percaya dengan kerja keras tanpa jemu dan putus asa, pasti anda akan berjaya. Jom buat penyelidikan!








penyelidik kat mana?
kat Universiti je.. =)