Konsert Mentor 6 Akhir

Ahad malam lepas, bermula 9 malam bermula konsert Final Mentor 6 yang bagi saya merupakan konsert mentor terbaik setakat ini. Saya paling teruja melihat persembahan Protege Kak Ogy Ahmad Daud yang memberikan persembahan bertenaga. Elemen drama yang diselitkan dalam semua persembahan Zatul memang menjadi. Bestlah tengok. Vokal zatul juga mantap walaupun ada sedikit off pitch. Daripada awal saya meramalkan Puteri Caroline akan menjuarai Mentor dan Tekaan saya betul. Malam penentuan Final melihatkan persembahan Puteri Caroline yang sedikit menurun disebabkan masalah kesihatan beliau. Protege Ella ini dikatakan pengsan sehari sebelum pertandingan kerana terlalu letih dalam menjalankan latihan yang keras.

anas ridzuan mentor6

Diantara ketiga-tiga peserta malam Final, Anas Ridzuan memberikan persembahan paling teruk. Tidak dinafikan beliau merupakan peserta Favorite sebelum ini namun kerosakan Vokal beliau telah menyebabkan persembahan malam Final agak hambar. Suara beliau serak dan banyak nyanyian beliau mendatar. Saya masih teringat persembahan Hebat Anas Ridzuan dalam konsert-konsert awal Mentor 6. Seperti dijangka, Puteri Caroline dinobatkan sebagai juara diikuti naib juara, Zatul dan tempat ketiga Anas. Markah yang mereka perolehi pula masing-masing 71, 60 dan 50. Saya sempat berikan Zatul 10 Vote sms malam tersebut. Rasa happy apabila beliau berjaya atasi Anas =)

yang menarik, malam tersebut memperlihatkan persembahan hebat kesemua mentor yang menjadi juara pada konsert-konsert tahun sebelumnya iaitu Juara Mentor 1, Zainal Abidin, Juara Mentor dua, Amy Search, Juara Mentor 3, Mas Idayu, Juara Mentor 4, Ziana Zain dan Juara Mentro 5 Erra Fazira. Protege-protege Mentor 6 juga ada satu sesi persembahan duet dengan artis pilihan iaitu Puteri Caroline – Azlan & Typewriter, Zatul – Ziana Zain, dan Anas – Hazama. Peserta akhir terdiri daripada peserta-peserta mentor kumpulan a dan kumpulan b

Share this
5 Comments - Leave a comment
  1. boni says:

    aku pun teruja tgk mentor malam tu.. memang gempak. idea yang ditonjolkan ogy ahmad daud juga lain daripada lain

  2. Bobo says:

    persembahan zatul paling best tapi suara caroline lagi sedap :)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
BLOGGER: Mr.PiNGu

Mr.PiNGu @Osh

>> Follow Saya Yer <<

___________________________________

___________________________________

Follow Me
FacebookGooglePlusTwitter
PILIH KATEGORI ARTIKEL
SPONSOR
JOM FOLLOW! Untuk Update Terkini
KoMuNiTi gempakZ on Facebook
STATISTIK & SUBSCRIBE
Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12

Free directory submissions
PING & BACKLINK My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free Personal blogs
Text Backlink Exchanges free web site traffic and promotion
CERITA MENARIK
Archives
STATISTIK PELAWAT