Cermin Kereta Mr.PiNGU Pecah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali ini saya nak cerita kisah yang berlaku ke atas saya tentang cermin kereta pecah. Kes ini berlaku sekitar Januari 2012 di Bangunan Makmal di dlm UTM. Saya parking kereta di tempat meletak kereta di luar sebelah bangunan. Pada masa tersebut, terdapat beberapa orang yang sedang memesin rumput di sekitar kawasan tersebut.

Walaupun pada awalnya saya telah mengalihkan kereta saya di kawasan yang lebih jauh dari kawasan mereka memesin rumput, namun kejadian tidak diingini ini telah berlaku jua. Bukan sahaja cermin kereta saya pecah malah cermin kereta rakan saya yang diletakkan disebelah kereta saya juga hancur berderai.

Sepatutnya pihak terbabit membuat langkah keselamatan sebelum memesin rumput. Ini bukan kali pertama orang mesin rumput di kawasan terbabit akan tetapi tak pernah pula berlaku perkara seperti ini.

Mereka perlu menggunakan mesin rumput yang mempunyai penghalang di sekitar pemotong. Ini untuk mengelakkan daripada batu batu berterbangan ketika mereka memesin rumput di kawasan berbatu.

bayangkan jarak kereta yang jauh masih menerima hentaman batu yang berterbangan. Saya masih teringat kes dada saya cedera menerima hentaman batu ketika ayah saya memesin rumput ketika saya masih bersekolah dan kesan parut masih kekal sehingga sekarang. Sedangkan saya berada agak jauh daripada beliau. Jangan disangka kekuatan pemotong mesin rumput yang berputar laju itu tak mampu menerbangkan batu batu pada jarak yang jauh. Semiga kes ini menjadi iktibar buat kita semua.

cermin kereta pecah
Cermin berderai seribu. Mujur dah tintert kalau tak gugur ke dalam kereta

cermin 2
masuk bengkel lagi buat kali kedua dalam bulan sama

Tuntutan insuran untuk cermin tersebut telah dibuat keatas pihak bertanggungjawab namun sehingga kita tuntutan masih diproses katanya. Cukup lambat. Kawan saya dah lama dapat tuntut insuran beliau. Dalam 600+ juga saya tuntut sebab harga cermin dan tintert

Share this
No Comments - Leave a comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
BLOGGER: Mr.PiNGu

Mr.PiNGu @Osh

>> Follow Saya Yer <<

___________________________________

___________________________________

Follow Me
FacebookGooglePlusTwitter
PILIH KATEGORI ARTIKEL
SPONSOR
JOM FOLLOW! Untuk Update Terkini
KoMuNiTi gempakZ on Facebook
STATISTIK & SUBSCRIBE
Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12

Free directory submissions
PING & BACKLINK My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free Personal blogs
Text Backlink Exchanges free web site traffic and promotion
CERITA MENARIK
Archives
STATISTIK PELAWAT