Malaysia Bakal Membangun Teknologi Nuklear?

Erm.. betul ke Malaysia nak membangunkan teknologi Nuklear? Saya tak pasti tentang ini. Namun ada gosip yang didengar tentang perkara ini. Pembangunnan teknologi Nuklear adalah sesuatu yang sensitif kuasa besar seperti amerika syarikat sungguh menentang pembangunan teknologi seperti ini.

Dari segi lain, teknologi nuklear jika berjaya mampu memberi sumber tenaga yang besar dan mampu memenuhi penggunaan tenaga di negara kita. Dari sisi lain jika disalahguna, teknologi nuklear mampu menjadi satu ajen pemusnahan besar-besaran.

Mungkin ada logiknya teknologi ini dibangunkan kerana Malaysia, melalui Universiti Teknologi Malaysi telah mula menawarkan kursus kejuruteraan nuklear pertama di Malaysia. Maka ada logiknya perkara ini. Apa-apapun baca berita penuh dibawah:

nuklear

Sebuah gabungan hari ini mendakwa bahawa kerajaan telah secara rahsia meneruskan projek loji kuasa nuklear dan telah mengenal pasti tapak yang berpotensi untuk tujuan itu, walaupun mendapat bantahan rakyat.

Kerajaan, melalui Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC), telah mengenal pasti tujuh tapak untuk loji janakuasa nuklear unit berkembar, kata jurucakap Gabungan Menentang Nuklear Malaysia (MyCan), Dr Ronald McCoy (kiri).

Tujuh tapak tersebut terletak di empat negeri – satu di Kedah dan masing-masing dua di Perak, Terengganu dan Johor, katanya dalam satu sidang akhbar. McCoy berkata lima daripada tapak itu terletak berhampiran kawasan pantai, manakala dua tapak lagi terletak di pedalaman – Tasik Temenggor di Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu – kerana jumlah besar air diperlukan untuk menyejukkan reaktor berkembar itu.

Beliau berkata, gabungan itu telah memperolehi maklumat yang tepat dalam tempoh sebulan, tetapi tidak dapat mendedahkan sumber-sumbernya dan kawasan potensi yang tepat untuk melindungi sumber-sumber tersebut.

SUMBER

Share this
No Comments - Leave a comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
BLOGGER: Mr.PiNGu

Mr.PiNGu @Osh

>> Follow Saya Yer <<

___________________________________

___________________________________

Follow Me
FacebookGooglePlusTwitter
PILIH KATEGORI ARTIKEL
SPONSOR
JOM FOLLOW! Untuk Update Terkini
KoMuNiTi gempakZ on Facebook
STATISTIK & SUBSCRIBE
Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12

Free directory submissions
PING & BACKLINK My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free Personal blogs
Text Backlink Exchanges free web site traffic and promotion
CERITA MENARIK
Archives
STATISTIK PELAWAT