Seringkali kita mengeluh apabila kelihatan tidak menarik apabila memakai sesuatu baju atau seluar. Akhirnya, baju seluar yang disalahkan. Ada yang salahkan pereka fesyen yang tak reti nak design baju cantik-cantik dan sebagainya. Korang pernah tak perasan yang model patung di gedung-gedung membeli belah tu kalau dipakaikan apa-apa pasti nampak cantik. Lepas tu korang pun belilah baju yang diperagakan itu dengan harapan korang pun nampak cantik. Lepas beli menyesal pula sebab tak nampak cantik pada badan korang. Lepas tu apa korang buat? salahkan baju ke? hehe..
Haha ada orang salahkan baju.. tapi hakikatnya bentuk badan korang yang so called tak mengancam gitu. So nak buat macam mana? Korang dapatkanlah shape badan yang menjadi idaman setiap insan. Camne nak dapatkan terpulanglah. Pergi gym ke bersenam selalu ke mendapatkan diet sihat ke dan seumpamanya. terpulanglah. tapi bagaimana kalau korang rasa itu mustahil buat korang? Alah. Korang carilah fesyen yang sesuai dengan badan korang. Buat research sikit. Dalam subjek kemahiran hidup dulu pun ada belajar kan cara-cara berfesyen untuk orang pelbagai jenis saiz badan ni. Ikut kesesuaian okay.

P/s: Kalau korang nak bergaya untuk nampak handsome, macho, bergaya, dapatkanlah bentuk badan ideal ya! Sekian sahaja








