•  
  • Archives for kepentingan matematik tambahan (1)

Matematik Tambahan adalah subjek yang susah?

Bagaimana untuk pandai matematik tambahan (Add Math)?

add math2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pingu kali ni nak cerita ilmiah sikit. Cerita kali ini berhubung subjek matematik tambahan atau nama englishnya add math (additional mathematic).

Subjek matematik tambahan ni jika saya imbau kembali kenangan 13 tahun yang lalu, dimana pada masa itu subjek ini mula diperkenalkan kepada saya, saya sudah mendengar banyak cerita kurang enak tentang subjek ini. Ramai senior memaklumkan bahawa subjek ini subjek membunuh atau killer subject. Namun, bagi saya yang meminati dan mahir subjek matematik untuk silibus tingkatan terdahulu terfikir apa bezanya add math berbanding math terdahulu. Ternyata tahapnya memang berbeza.

Matematik tambahan memperkenalkan ilmu matematik yang baru dan lebih kompleks. Penyelesaiannya juga memerlukan pemikiran secara kritis dan kreatif. Saya akui semasa awal-awal mengambil subjek ini, saya tidak mampu nak mengusai dengan baik. Jika dahulu seringkali mendapat A untuk subjek matematik namun untuk add math, sekalipun tidak pernah merasai gred A, yang selalu dapat C atau B sahaja.

Namun, saya positif dan mengambil subjek ini sebagai cabaran buat diri saya. Petua untuk kuasai subjek ini sebenarnya mudah, iaitu;

(i) Rajin melihat soalan dan contoh penyelesaian
(ii) Mencuba sendiri menjawab soalan-soalan mengikut Bab-bab yang telah disusun.

Tidak dinafikan silibus matematik tambahan memang banyak dan agak rumit namun ia bukanlah alasan untuk kita mengaku kalah dan menyerah. Susun jadual pembelajaran anda sebaiknya dan jangan lupe memperuntukan sedikit masa setiap hari untuk membuat latihan. Anda perlu ada target dalam pembelajaran anda.

Salah satu kaedah yang pantas untuk memahami subjek ini adalah dengan bertanya kepada guru anda jika ada masa lapang. Guru anda akan bersedia membantu anda untuk menyelesaikan masalah matematik yang tidak boleh anda selesaikan. Pengalaman menyelesaikan banyak soalan topik-topik matematik tambahan akan membantu untuk menyelesaikan pelbagai bentuk soalan yang bakal diajukan. Selalunya soalan-soalan ini akan menguji kebolehan anda menggunakan rumus-rumus asas yang anda pelajari di kelas.

Mengusai sesuatu subjek tidak kiralah apa subjek sekalipun memerlukan kita untuk sentiasa membuat latihan. Hadapi sebanyak mungkin soalan pelbagai bentuk untuk meningkatkan pemahaman anda. Melalui perbincangan dengan rakan-rakan yang lebih memahami juga akan membantu anda lebih maju dalam subjek ini.

Pendek kata, jangan takut dengan subjek matematik tambahan. Jadikan subjek ini satu subjek yang cukup menyeronokkan untuk dipelajari. Sekian sahaja

P/S: Mr.Pingu tak malu untuk mengaku pernah gagal sekali subjek ini, Namun sangat berbangga kerana mampu menjawab hampir semua soalan SPM dengan baik dan mendapat Gred A1.. hehe.. kenangan sangat

page 1 of 1
BLOGGER: Mr.PiNGu

Mr.PiNGu @Osh

>> Follow Saya Yer <<

___________________________________

___________________________________

Follow Me
FacebookGooglePlusTwitter
PILIH KATEGORI ARTIKEL
INNITY

^ ^ ^

KLIK ADS IF INTERSTED

v v v

IKLANIKA

V V V V V

OFFICIAL WEBSITE:

JOM FOLLOW! Untuk Update Terkini
KoMuNiTi gempakZ on Facebook
IKLANIKA
STATISTIK & SUBSCRIBE
Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12

Free directory submissions
PING & BACKLINK My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free Text Backlink Exchanges free web site traffic and promotion
NUFFNANG & PINGJE
Archives