•  
  • AGAMA (39)

Tiang Payung Masjid Nabawi

tiang masjid nabawi

 

Saya dikhabarkan oleh seorang rakan Facebook bahawa tiang payung Masjid Nabawi berharga sekitar RM 4 Juta Sebatang dan ada Kesemuanya 215 batang. Wah! begitu berharga tiang ini. kaya sungguh Negara Arab kan. Ini menunjukkan bahawa Umat islam sebenarnya mampu deri segi ekonomi jika diurus sebaiknya. masjid ini adalah salah satu simbol kebesaran umat islam. Semoga kita semua akan ada kesempatan untuk sampai disini. Insya-Allah.

Wanita pilihan sebagai Isteri

gambar wanita solehah idaman lelaki

Apakah ciri-ciri wanita yang perlu menjadi pilihan lelaki?

Setiap lelaki ada menggariskan ciri-ciri tertentu yang perlu ada pada diri wanita yang ingin dijadikan suri dalam hidupnya. Wanita dipilih berdasar ciri-ciri seperti kecantikannya, kekayaan yang dimiliki, kebijaksanaan dan agamanya.

Kebanyakkan lelaki ingin memilih wanita yang memiliki paras rupa yang memikat hati mereka. Ini kerana wanita itu sendiri merupakan perhiasan bagi lelaki. Namun, sebahagian lelaki menilai kecantikan wanita dari sudut berbeza bukan dari sudut kecantikan fizikal tetapi kecantikan spiritual atau kecantikan dalaman. Ciri kecantikan dalaman adalah seperti ketinggian budi bahasanya, akhlak yang terpuji dan keimanan kepada Tuhan.

Tidak dinafikan bahawa lelaki amat mudah tertarik kepada kecantikan wanita. Namun jika kecantikan luaran yang diukur maka apabila tiba masanya, kecantikan fizikal akan pudar adakah saat itu cinta akan tetap utuh? Kecantikan dalaman pula kebiasaannya tidak akan dimamah usia malahan semakin hari semakin subur jika kehidupan diisi dengan keimanan dan ketakwaan kepada yang Maha Agung.

Ada juga lelaki yang memilih wanita kerana kekayaan wanita tersebut. Lelaki seperti ini mungkin yang jenis melihat harta adalah segalanya dan ingin hidup mewah dan senang lenang. Wanita yang kaya raya tetapi tidak cantik imannya biasanya akan bersikap angkuh dan bersikap ingin mendominasi. Maka adakah kehidupan anda akan dilimpahi kebahagiaan?

Jika wanita dipilih kerana kecerdikan dan kepintarannya, mungkin wanita jenis ini boleh membahagiakan lelaki jika kepintarannya digunakan pada jalan yang betul. Contohnya pandai melayan suami, tahu apa yang suami inginkan dan sebagainya. Jika kepintarannya digunakan untuk menipu para suami maka sebaliknya akan berlaku.

Yang terakhir wanita dipilih kerana iman dan takwanya kepada Allah. Maka wanita jenis ini akan sentiasa mencari jalan untuk membahagiakan suaminya kerana faham akan statusnya disisi suami. Wanita jenis ini akan sentiasa berusaha memperlihatkan kecantikannya yang sebaik mungkin hanya untuk suami. Wanita jenis ini juga berusaha untuk melapangkan dada suami dikala suami dalam kesulitan, melembutkan hati suami yang dalam kemarahan, dan melayan suami sebaik mungkin sesuai dengan status suami sebagai ketua keluarga. Isteri jenis ini juga akan sentiasa mencari jalan untuk menyenangkan dan membahagiakan suami mereka demi mendapat keredhaan Allah.

Kepada para lelaki bakal suami, ayah dan pemimpin keluarga, pilihlah bakal isteri yang sesuai dengan diri kamu untuk kebahgiaan hidup dunia akhirat. Sekian sahaja.

page 1 of 20»
BLOGGER: Mr.PiNGu

Mr.PiNGu @Osh

>> Follow Saya Yer <<

___________________________________

___________________________________

Follow Me
FacebookGooglePlusTwitter
PILIH KATEGORI ARTIKEL
SPONSOR
JOM FOLLOW! Untuk Update Terkini
KoMuNiTi gempakZ on Facebook
STATISTIK & SUBSCRIBE
Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12

Free directory submissions
PING & BACKLINK My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free Personal blogs
Text Backlink Exchanges free web site traffic and promotion
CERITA MENARIK
Archives
STATISTIK PELAWAT