•  
  • BLOGGING (78)

Mr.PiNGu kembali! Nuffnang Time =)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera! nak diikutkan dah sebulan lebih tak menulis blog. Sebenarnya not in the mood. malas nak menulis. Lebih-lebih lagi baru sebulan kembali dari oversea then banyak betul undangan kawan-kawan untuk beraktiviti. But its ok itulah kehidupan ada masa rajin ada masa malas and ada masa lapang ada masa sibuk.

Ikutkan pingu banyak kerja kena settlekan tapi lum lagi nak membuat dengan tekun! Adeh. Now nak bagitahu berita yang mungkin some of you might jealous.. gitu. hehe.. Actually baru je log in akaun nuffnang yang hidup segan mati tak mahu tu. Pernah beberapa kali aku buka topik tentang nuffnang yang kedekut tak mahu bagi buffer ads pada aku. Sekarang… Nah! Sekali empat dia bagi you! ini pun setelah penantian selama 4 tahun OK! Aku bersyukur sangat sebab sangkut juga buffer earning ADS pada blog aku yang tak seberapa letop ni. Hope nuffnang tak kedekut untuk memberi lagi ye. I love U lah!

Ni adalah 4 Buffer yang aku dapat. Nilainya terpakse dihiddenkan sebab malu lah. tak banyak mana. Tapi I am satisfied hehe.. Lepas ni tak mahu merajuk dengan nuffnang lagi. Thanx a lot.

cpuv nuffnang

Blogger tiada peranan dalam penyebaran berita?

Blogger tiada Peranan?

Aku pernah terdengar bahawa ada sesetengah wartawan hiburan yang “memusuhi” para Blogger. Katanya blogger tak boleh pakai, sebar cerita tak betul sebab tangkap jarang dan banyak yang menipu disamping meniru artikel mereka. Blogger tiada sumbangan pun dalam menaikkan nama individu seperti artis apatah lagi mempopularkan mereka. Blogger tidak berperanan dalam menaikkan nama artis. Benarkah?

Ada juga wartawan yang mengatakan bahawa tanpa mereka, siapalah artis. Wartawan banyak menaikkan nama artis-artis sehingga mereka terkenal dan popular setiap masa. Ada juga kenyataan artis yang saya baca bahawa beliau sangat takut membaca blog kerana takut isu mengenai ya ditulis. Artis juga banyak mengecam para blogger yang suka menulis sesuatu yang tidak betul tentang mereka!

 Pada pendapat saya, ada kebenarannya daripada pandangan mereka. Ini bertitik tolak daripada sikap para blogger juga. Saya sendiri banyak membaca blog-blog pelbagai genre. Banyak maklumat dan input saya dapati. Salah satunya adalah isu serkap jarang dan copy bulat-bulat artikel tanpa usul periksa apatahlagi memberi kredit.

 Isu serkap jarang ni banyak berlaku. Apabila dengar khabar angin dan cakap-cakap mengatakan sesuatu perkara tu, terus je dia menulis. Kalau ada benda panas yang disebar di laman sosial, tahu je sedikit maklumat tu terus ditulisnya. Selalu juga lari daripada keadaan sebenar. Inilah yang susahnya kalau tidak diselidik betul-betul tentang sesuatu perkara sebelum menulis. Ingatla bahawa peranan blogger dalam menyebar maklumat kepda masyarakat sangat besar.

Kalau berlaku sesuatu isu, masyarakat celik IT akan mendapatkan khidmat kaunter pertanyaan iaitu “google” atau sewaktu dengannya untuk menjawab segala persoalan mereka. “Google” pula akan mencadangkan pelbagai penyelesaian yang dirujuk daripada pelbagai sumber yang menulis di internet. Saya boleh katakan 80-90 peratus carian google untuk memperoleh maklumat telah diperoleh daripada tulisan para blogger!

Lihat! Besarnya peranan blogger dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Saya sendiri sebagai seorang blogger cukup berterima kasih kepada blogger lain yang banyak menulis informasi yang saya perlukan dalam kehidupan harian saya. Oleh itu, saya harap sebahagian tulisan saya juga akan boleh membawa manfaat kepada orang lain. Hope so!

Dari masa ke semasa, marilah kita tingkatkan kualiti penulisan kita. Sebagai blogger, kita sentiasa belajar dan belajar dan terus belajar untuk menghasilakan penulisan yang lebih baik! Improvement is a must! Lets do it together! Sekian sahaja coretan untuk kali ini.

page 1 of 39»
BLOGGER: Mr.PiNGu

Mr.PiNGu @Osh

>> Follow Saya Yer <<

___________________________________

___________________________________

Follow Me
FacebookGooglePlusTwitter
PILIH KATEGORI ARTIKEL
SPONSOR
JOM FOLLOW! Untuk Update Terkini
KoMuNiTi gempakZ on Facebook
STATISTIK & SUBSCRIBE
Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12

Free directory submissions
PING & BACKLINK My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free Personal blogs
Text Backlink Exchanges free web site traffic and promotion
CERITA MENARIK
Archives
STATISTIK PELAWAT