Last few month masa aku masih tinggal di sweden, aku terbaca satu artikel menarik tentang titik tengah Malaysia. Bagaimana mereka ukur Wallauhualam. Katanya ada satu batu petanda yang dibuat untuk menandakan kawasan itu titik tengah Malaysia. Aku pun nak mencuba so aku menggunakan google map untuk menyelidik. Step yang aku buat:
1) Mula-mula, kita buat satu line jarang yang dilalui dari tempat aku tinggal di sweden ke “Malaysia”. Tak kisah la korang nak buat jarak tu dari mana tapi cubalah dari satu tempat yang jauh then korang set distinasi korang sebagai Malaysia. Cuba lihat gambar dibawah:
2) Then, Korang zoom la sikit peta korang tu dan fokuskan kepada peta Malaysia. Korang nampak tak dia akan letakkan titik destinasi di satu kawasan yang agak tengah peta malaysia. Rujuk gambar kedua:
3) Terus Zoom lagi lebih lanjut kawasan titik destinasi tersebut. Korang akan lihat dia akan point di Kawasan Kuala Lipis, Pahang. Teringat Datuk Siti Nurhaliza tiba-tiba since beliau berasal dari sini kan?
4) Zoom lagi peta sejitu mungkin. Nanti korang akan dapati dia akan point di satu jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Berchang. Aku tak tahu adakah betul-betul point ini adalah titik tengah Malaysia akan tetapi seperti artikel aku baca sebelum ini tak silap memang titik tengah Malaysia berada di satu tempat di Kuala Lipis Pahang. Sekian sahaja.












