Matrikulasi vs STPM, mana lebih susah
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Seringkali adik-adik lepasan SPM tertanya-tanya ke manakah haluan mereka selepas SPM? Ada yang memikirkan untuk memasuki pengajian matrikuasi dan sebahagiannya ingin memasuki STPM. Salah satu persoalan yang selalu bermain di minda adalah “Mana yang lebih susah, matrikulasi atau STPM?
Jika anda bertanya pada saya tentulah saya akan mengenyorkan Matrikulasi kerana STPM lebih susah. STPM susah kerana silibusnya yang lebih banyak di samping suasana pengajian di sekolah harian yang mengurangkan motivasi pelajar. Jika di Matrikulasi, sistem pembelajarannya adalah hampir sedikit kepada pengajian ala universiti. Selain itu, bilangan pelajar yang lebih ramai membolehkan pembelajaran berlangsung lebih baik dan memudahkan perbincangan dijalankan. Pelajar yang berjaya masuk ke program matrikulasi kebiasaanya terdiri daripada pelajar cemerlang dari seluruh negara.
Sistem pembelajaran di matrikulasi yang terdiri daripada sistem kuliah ala universiti dan kelas tutorial untuk perbincangan lebih mendalam amat menyeronokkan. Itulah pengalaman saya belajar di Matrikulasi 11 tahun yang lalu.
Jika anda fokus dalam pelajaran anda, adalah mudah untuk anda mendapat purata nilai gred keseluruhan melebihi 3.5/4.0 di mana kelayakan biasa untuk lepasan matrikulasi ke universiti adalan 2.0 keatas. Atas sebab bilangan pelajar pintar semakin meningkat di samping kuota kemasukan ke universiti yang tidak begitu banyak, maka pelajar-pelajar perlu mendapatkan keputusan sebaik mungkin untuk menepatkan diri di universiti tempatan kerana pelajar diambil berdasarkan markah terbanyak.
Nasihat saya, mohon matrikulasi semasa anda masih tingkatan lima. Minta guru membantu anda mendapatkan borang permohonan kemasukan. Jika tidak berjaya menempatkan diri ke matrikulasi, STPM adalah pilihan kedua. Kelebihan STPM berbanding Matrikulasi adalah berdasarkan kepada nilai sijil. Sijil matrikulasi hanya sah digunakan untuk memohon kemasukan ke Universiti namun tidak laku untuk mencari pekerjaan. Namun, sijil STPM sah digunakan untuk mencari pekerjaan.









