•  
  • Sembang (231)

Mengapa Yuna tidak menang AJL 25?

Categories: Sembang
Tags:
Comments: No Comments
Published on: January 11, 2011

Salam. Still mood nak mengomel pasal AJL 25. Kali ini nak mencoret sedikit tentang Yuna. Basically Yuna merupakan my first choice untuk menjuarai AJL 25 berdasarkan performance beliau yang cukup meremangkan bulu roma dari kaca televisyen. Sangat-sangat hebat! Dia merupakan pembuka tirai AJL yang sangat-sangat baik. Saya menjangkakan beliau akan menjadi juara kerana persona yang dibawakanya. Lagu yang dinyanyikan cukup bermakna dan Vokal memukau. namun begitu mengapa dia tidak menang? Disini saya Coretkan sedikit sebanyak apa yang saya fikirkan dan juga apa yang dikomen oleh rakan-rakan saya. layanzzz..

FAKTA MENGAPA YUNA GAGAL DALAM SEBARANG ANUGERAH:

1) Ada dengar-dengar kata melodi lagu Yuna adalah diciplak. Saya tidak tahu dari lagu mana sebab saya tak pernah dengar lagu lain dengan melodi sama dengan Cinta sempurna. Mungkin kebetulan hampir sama dari segi rentak. So, kesimpulanya walaupun lagu Yuna sedap, tapi dia bukanlah terlalu original di pendengaran Juri.

2) Yuna punya persembahan sangat hebat dikaca televisyen. Tetapi, tidak semasa persembahan Live. Menurut seorang rakan yang menghadiri AJL secara Live, beliau mengatakan Persembahan Yuna tidak menarik dan Vokal Yuna kerap tenggelam dan tidak jelas. Mungkin disebabkan penonton terlalu asyik bersorak atau sebagainya. So, kesimpulannya persembahan Yuna hanya gah di kaca televisyen, tetapi tidak semasa live.

3) Yuna dah menang tahun lepas, so tahun ni bagi can kat artis lain.. Boleh ke pakai teori ni? Siti pun menang almost every year kan dulu-dulu.. hehe.. SO, teori ni tak la tepat.

4) Yuna buat persembahan awal sangat.. Biasanya persembahan pertama sering dilupakan. benarkah? kalau begitu, tidak mungkin Ajai dan Nurul menang AJL dulu walaupun mereka buat persembahan waktu pembukaan. teori ini juga tidak begitu dapat diterima.

5) M. Nasir melihat kepada lagu yang pelik tapi berkualiti. Dah namanya M.Nasir dia memang berfikiran berbeza. Lagu-lagu ciptaannya juga banyak yang pelik. Tapi sedap. hehe.. teori ni mungkin benar. Sebab lagu ana Rafali itu agak Unik.

6) M. Nasir jeles dengan Yuna! Hahaha.. ini satu teori tak boleh blah tapi tersangkut juga pada telinga saya. apulak M. Nasir nak jeles sebab yuna baru muncul dah popular dan menang banyak anugerah disamping boleh mencipta menyanyi dan sebagainya. haha.. Teori yang kelakar. M. Nasir sila jangan saman saya kerana saya menyampaikan apa yang saya dengar sahaja. hehe..

OKLah sekian sahaja sedikit Coretan sebelum saya tidur.. Nitezz alll~

Mulai Tahun ini Hari Raya akan Berbeza tanpamu..

Categories: Sembang
Tags:
Comments: No Comments
Published on: January 11, 2011
Salam.. haha.. tetibe je kan aku bukak topik pasal Hari Raya. Sedangkan baru bulan satu. hari Raya puasa pun lambat lagi. Raya Haji pun baru berlalu tak berapa lama.. tapi mengapakah aku nak bukak Topik ini? Hehe.. jeng jeng jeng… Kisahnya begini.

Masa dari kecil dahulu, aku memang antara orang yang sangat tidak sabar menunggu pengumuman hari raya. Kalau boleh aku nak Penyimpan Mohor Besar tu umumkan Raya esoknyer! sebab aku dah tak larat nak puasa (Al-Maklumlah budak kecik). Hehe.. maka lepas maghrib je aku dah tunggu depan TV. Jeng Jeng Jeng.. keluarlah wajah yang biasa aku lihat mengumumkan pengumuman hari raya. Walaupun aku hanya melihat dia ini semasa nak umukan Hari Raya Puasa, Haji dan juga tarikh nak mula puasa, tapi aku sangat menunggukan kemunculan dia ni.. haha…

Al-Kisahnya, Tahun berganti Tahun.. Dari I kanak-kanak riang ke Besar gajah dan layak jadi bapak budak, Orang yang bertanggungjawab mengumumkan Hari Raya Puasa adalah orang yang sama. Hanya wajahnya berubah sedikit demi sedikit saban tahun kerana dimamah usia. Haha.. tetapi yang den nak cerita adalah tentang “Bezanya” Hari Raya mulai tahun ini..

Mengapa berbeza? Kerana Mulai Tahun ini, beliau telah bersara… Sob Sob.. Beliau yang dimaksudkan adalah Y.M Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. Kita dah tak akan lihat dia mengumumkan tarikh mulanya puasa atau hari raya. Akan muncul wajah baru. Penggantinya dikhabarkan bernama Datuk Syed Danial Syed Ahmad. huhu.. adakah Feel Raya anda akan sama tahun ini? hehee.. Ntahla. haha..

Ok ni sedikit berita tentang persaraan Tan Sri Ibrahim dan pelantikan Datuk Syed Danial.

KUALA LUMPUR: Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini.

Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, yang bersara hari ini selepas berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Sabtu Awab, berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

“Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lalu,” katanya pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini, hari ini.

Sabtu berkata, Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.

Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.

Engku Ibrahim, 79, juga adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu. – BERNAMA

page 1 of 116»
BLOGGER: Mr.PiNGu

Mr.PiNGu @Osh

>> Follow Saya Yer <<

___________________________________

___________________________________

Follow Me
FacebookGooglePlusTwitter
PILIH KATEGORI ARTIKEL
SPONSOR
JOM FOLLOW! Untuk Update Terkini
KoMuNiTi gempakZ on Facebook
STATISTIK & SUBSCRIBE
Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12

Free directory submissions
PING & BACKLINK My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free Personal blogs
Text Backlink Exchanges free web site traffic and promotion
CERITA MENARIK
Archives
STATISTIK PELAWAT