Komuniti gempakZ
Kumpulan Hyper Act - Perjalanan Seni yang Panjang - Printable Version

+- Komuniti gempakZ (http://gempakz.org)
+-- Forum: HIBURAN GEMPAKZ (/forumdisplay.php?fid=31)
+--- Forum: HIBURAN GEMPAKZ (/forumdisplay.php?fid=32)
+---- Forum: MuZiK & BaKaT aRTiS (/forumdisplay.php?fid=41)
+---- Thread: Kumpulan Hyper Act - Perjalanan Seni yang Panjang (/showthread.php?tid=3812)



Kumpulan Hyper Act - Perjalanan Seni yang Panjang - Mr.Pingu - 12-09-2012 12:43 AM

Apabila mendengarkan alunan lagu Harapan, saya sudah tertarik dengan kemantapan Vokalnya dan muzik yang indah. Saya pun mula mengikuti perkembangan kumpulan yang satu ni. Rupa-rupanya, sebelum dikenali sebagai artis popular menerusi Hyper Act, ahli kumpulan ini telahpun lama menjadi artis dan ada juga mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa. Baca kisah Hyper Act seperti yg dipalorkan dalam Harian Metro

Quote:
TIDAK PUTUS ASA

TIDAK kenal erti putus asa, akhirnya rezeki menyebelahi dua anggota kumpulan Hyper Act, Shahron Hussein atau Ronnie, 33, selaku penyanyi utama dan Khairul Nizam Baharom (Toi - bass dan vokal kedua), 35, yang sebelum ini beberapa kali mencuba nasib mencipta nama dalam industri muzik tempatan.

Ternyata bersama empat lagi anggota kumpulan berasal dari Johor ini, Md Zakir Mohd Rahizan (Akir-keyboard), 30; Freddy Ady Putra Adnan (Freddy-gitar utama), 25; Sharizan Syarifudin (Intan-gitar kedua), 24, dan Zamri Haron (Labib-drum), 37, rezeki menyebelahi Ronnie dan Toi apabila lagu Harapan melonjakkan nama mereka.

Selain menjadi juara carta lagu popular di kebanyakan stesen radio tempatan, Harapan membuka ruang lebih luas kepada Hyper Act melangkah jauh dengan karya diketengahkan.

Antaranya dicalonkan antara lima terbaik bagi kategori Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) dan juga Separuh Akhir Muzik-Muzik yang berlangsung baru-baru ini.

Ronnie akui, perjalanannya dalam industri muzik sungguh jauh. Selepas hampir 10 tahun membabitkan diri sebagai penyanyi, baru sekarang bakatnya dihargai umum.

“Sebelum menganggotai kumpulan Hyper Act, saya terlebih dulu menjadi penyanyi utama kumpulan Sunday dan pernah menghasilkan album pada akhir 1990-an. Begitupun, ia kurang mendapat sambutan.

“Selepas berpecah, saya dilamar menjadi penyanyi utama kumpulan Slam dan pernah mencuba nasib dalam rancangan realiti One In A Million (OIAM).

“Tidak dinafikan, perjalanan kerjaya saya panjang. Dalam tempoh itu, pelbagai pahit maung saya tempoh, namun akhirnya rezeki saya tiba apabila menganggotai Hyper Act,” katanya.

Kata Ronnie, dia tidak pernah menganggap pembabitannya dalam bidang nyanyian kerana bukan semata-mata mencari populariti, sebaliknya tugas harian untuk mencari makan.

“Saya terus menyanyi dan menerima tawaran yang datang. Sepanjang menyepi daripada industri, saya terus bekerja dengan menyanyi di kelab malam bersama kumpulan NRG. Pembabitan saya dalam Hyper Act bermula apabila mereka mencari penyanyi utama. Kebetulan kami memang kenalan dan berasal dari tempat sama.

“Kami saling mengenali sebelum ini kerana sama-sama menyertai pertandingan kugiran yang sering dianjurkan di sekitar Johor. Disebabkan itu juga kami tahu kemampuan masing-masing.

“Semua anggota kumpulan Hyper Act boleh saya anggap sebagai pemuzik terbaik dan apabila bergabung, ia memberikan satu tenaga berbeza dan menyebabkan muzik dihasilkan kedengaran terserlah,” katanya.

Ronnie akui seorang penyanyi memerlukan tuah untuk berjaya. Jika sampai rezeki, pasti apa diusahakan itu membuahkan hasil.

Mengambil contoh, kata Ronnie, lagu dihasilkan kumpulan Sunday dulu sama saja dengan muzik dihasilkan sekarang, tetapi apa yang dibuat terlalu ke depan dan orang tidak boleh terima.

“Pendek kata, belum waktunya. Sekarang ini baru muzik seperti itu diterima. Begitu juga dengan lagu Harapan. Sebenarnya sudah lama ia dihasilkan Akir. Ia berada dalam simpanannya hampir 10 tahun. Begitupun, kerana melodinya relevan dengan pendengar sekarang, ia diterima,” katanya.

Toi melihat perjalanan kerjaya seninya di landasan betul dan apa dilakukan sebelum ini menampakkan perkembangan positif.

“Semuanya bermula sewaktu saya menyertai Akademi Fantasia musim keenam (AF6). Walaupun tidak muncul juara, sedikit sebanyak nama mula dikenali.

“Bakat saya bermain angklung juga diketahui ramai. Menerusinya, saya banyak menerima tawaran mengadakan persembahan dan menjuarai kategori muzik sewaktu menyertai World Championship of Performing Arts in Hollywood, Amerika Syarikat.

“Waktu sama, saya dan anggota kumpulan Hyper Act memang sudah bersama dan berjinak-jinak menghasilkan muzik untuk single mahupun album. Lama juga kami bergabung dan menyertai pelbagai pertandingan kumpulan muzik hinggalah kami membuat keputusan menyertai industri dan mengetengahkan lagu Harapan sebagai single pertama.

“Lagu Harapan dan Hyper Act memanjangkan lagi bakat dan kerjaya seni saya. Saya berharap kejayaan awal ini akan berlanjutan sampai bila-bila dan kehadiran Hyper Act mampu memberi kepuasan, bukan saja daripada sudut bermain muzik tetapi juga menghasilkan lagu bagus buat pendengar,” katanya.