Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ SANTAI › BorakSaKaN v
« Previous 1 2 3 4 5 6

CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
12-29-2011, 10:39 PM (This post was last modified: 07-29-2012, 01:41 PM by Mr.Pingu.)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!~ Wink

Nak cerita sikit hal malam ni. Sebenarnya saya baru sahaja habis makan di satu warung di Taman Universiti Skudai. Ada beberapa perkara PELIK berlaku. Dah namanya PELIK maksudnya benda di luar kebiasaan la huhu. Kebiasaanya, saya jarang ambil breakfast tetapi ambil lunch namun sejak kebelakangan ini saya sempat ambil breakfast. PELIK kan? (Maybe sebab sedang bercuti). So, I skip my lunch.

Nak dijadikan cerita, petang-petang sudahla berasa lapar. So, I contact my best friend untuk makan bersama. Daripada makmal macam biasa saya akan terus ke kedai yang dijanjikan. Kebiasaannya, saya akan sampai dahulu daripada kawan saya tu. Tapi, hari ini saya berasa PELIK kerana dia sampai serentak dengan saya. Tak sempat duduk pun di kerusi warung tu.

Actually, on the way nak gi warung tu saya berasa PELIK kerana jumlah kereta yang berada di jalan raya dan yang parking di sekitar sangat banyak. Saya tak nampak alasan mengapa banyak kereta berbanding hari biasa. Lebih PELIK, kedai tayar kereta berhadapan warung tersebut masih beroperasi! Selalu dah tutup. Begitu juga kedai membaiki kereta tak jauh daripada gerai makan itu. PELIK PELIK!!..

Disebabkan parking kereta penuh, saya dan member terpaksa parking jauh sedikit. Area depan kedai cytech Taman Universiti. So, kitorang berjalan kakilah nak ke kedai Saung Sunda Sawargi kat hujung sekali deretan kedai tersebut. Tiba-tiba member saya maklumkan dia tidak membawa dompet. Yang saya nampak dia memegang RM 10 duit pemberian housemate dia yang suruh mengirim makanan. PELIKla tiba-tiba sahaja lupa bawak dompet. tapi tak kisahla sebab saya ada bawak duit lebih.

Ok sampai sahaja di warung, saya pun order makanan yang PELIK daripada biasa (saje je kan?) Selalu saya order mee hoon goreng biasa tetapi hari ini saya order mee hoon berkuah. Nak try la camne rasanya. Saya membayangkan mee hoon berkuah tu lebih kurang perumpamaannya dengan kew tiau basah. Kalau kew tiau goreng kering tetapi kew tiau basah tu dia berkuah sedikit. Tetapi! saya terkejut apabila makanan yang sampai tu sebijik macam order mee hoon soup. Sabar sajelah. So, disebabkan dah lapar sangat saya makan je la. As a side dish, saya order sate ayam juga. yang PELIKnya, saya terlupa ambil gambar makanan macam kebiasaan saya buat! Huhuhu.. sedey..

Sambil makan-makan tu, biasalah saya akan bergosip. Namun, suasana agak tidak selesa kerana tiba-tiba angin sejuk bertiup agak kuat sepanjang kami berada di warung tersebut. PELIK betul kerana kebiasaannya takde pula angin kuat bertiup tatkala kitorang lepak-lepak kat warung tu. Sejuk betul angin tu sampai saya menggigil kesejukan namun bertahan sahajalah. Mungkin kesan udara sejuk bernama LA-Nina yang digembar-gemburkan akan melanda Asia Tenggara. Chewah macam pakar kaji cuaca pulak. Haha..

Ketika sedang makan+ gosip tu ada 4 orang mamat makan di meja bertentangan dengan meja saya. Then, saya terpandang sorang mamat berbaju kuning ni. Saya lihat mukanya macam familiar then baru teringat dia iras-iras sikit dua pupu saya. Then saya inform la kawan saya tu yang saya ada seorang saudara yang wajahnya ada sikit-sikit dengan mamat tu. Saya perasan mamat tu ada pandang saya gak. Saya buat tak kisah je.

Kemudian, mamat baju kuning tu bangun basuh tangan di singki yang betul-betul belakang meja saya. kemudian dia buka mulut dan tegur saya. "Awak ni anak pak Yop kan?" Terkejut saya! Serius saya terkejut! Rupa-rupanya, mamat ni la saudara saya yang saya cerita kepada member yang makan dengan saya nih. Saya rasa PELIK kerana beliau dah berubah dari segi fizikil tak macam saya kenal dahulu. Dan lebih PELIK saya tidak terfikir dia itu adalah dua pupu saya yang saya fikirkan tadi! Ingatkan pelanduk dua serupa je. Huhu.. Lebih PELIK, apa yang dua pupu saya buat kat Skudai ni? Apabila saya tanya rupanya dia sudah menetap di Pasir Gudang bersama isteri dia (dia kahwin pun saya tahu daripada ayah dia semasa hari raya haji 2 bulan lalu). Memang kebetulan yang sangat PELIK lah hari ini.

Ok la selepas makan-makan dan mengumpat sakan (opss jgn tiru perbuatan saya), member saya tu suruh saya bayarkan untuk dia. Kemudian setelah bayar, bahagian kawan saya ialah RM 16. PELIK sungguh saya apabila tiba-tiba je kawan saya tu ada duit nak bayar. Ceh! Sabar sahajelah.

Selepas itu, kami pun bergerak pulang ke rumah masing-masing. Ketika hampir sahaja sampai dirumah sewa saya, tiba-tiba ada BONGGOL yang maha besar dekat jalan. Sepanjang dua tahun hidup disitu tak pernah ada bonggol disitu. pagi tadi masa nak keluar pun takde lagi bonggol tersebut. Nampaknya mereka baru buat. PELIK sungguh PELIK! aku rasa pelik ada bonggol disitu yang kebiasaannya takde. Hampeh je.

Itulah serba sedikit kisah pelik yang aku alami. Huhu.. Pelik tak? Korang mungkin tak rasa pelik tapi aku yang mengalaminya rasa sungguh pelik. Ok sampai disini sahaja cerita PELIK daripada saya.. =)
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK(KISAH BENAR)
ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK(KISAH BENAR)
02-02-2012 1,896 Views 0 Replies
Pelakon berbakat tetapi dipinggir?
Pelakon berbakat tetapi dipinggir?
10-24-2010 1,686 Views 0 Replies
Koleksi cerita lawak pendek
Koleksi cerita lawak pendek
10-30-2010 122,436 Views 31 Replies
Kenape Tak Gelak?
Kenape Tak Gelak?
08-09-2010 1,297 Views 0 Replies
Dangerous Lif! ada berani?
Dangerous Lif! ada berani?
10-05-2010 1,479 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
tengkuady Offline
Newbie
Posts: 4
Threads: 0
Joined: Dec 2011
Reputation: 0
#2
12-30-2011, 06:50 AM
ingatkan cerita seram tadi..suspen je..haha
Find
Reply
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
12-30-2011, 02:21 PM
(12-30-2011, 06:50 AM)tengkuady Wrote: ingatkan cerita seram tadi..suspen je..haha

hehee cerita PELIK je.. cerita seram nenanti la cerita ada je.. tunggu kelapangan.. kalau U all ada cerita best blehla kongsi gak ye~ Wink

Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
mawar_hijau Offline
Member
**
Posts: 69
Threads: 19
Joined: Aug 2010
Reputation: 0
#4
03-21-2012, 12:53 PM
pelik tp benar hehe macam-macam la Mr.PiNGu punye cerita nih.. kelakar pun ada~
Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 02:13 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend