NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Berhati-hati semasa menulis entry blog anda
#1
Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua..

Hi! Baru je tadi Mr.PiNGu kata buzy buzy buzy tapi nak juga tulis blog! Motif sangat kan. Ye la lagipun dah hampir seminggu tak update blog kerana outstation and buzy dengan kerja. Now, saya tergerak nak tulis sesuatu after baca beberapa blog tadi, one of them adalah blog sunahsukasakura.com.

Sebenarnya saya tergerak apabila membaca tulisan beliau. Kita sebagai seorang blogger sebenarnya memikul satu amanah dan tanggungjawab yang besar. Kita dinilai berdasarkan apa yang kita tulis justeru tulislah perkara yang sepatutnya. Maksud sepatutnya ialah menulis sesuatu yang baik.

Saya sedar kadang-kadang secara sengaja atau tidak kita terlalu excited nak bercerita pasal orang lain yang akhirnya membuatkan pihak tersebut aib. Kita tak sepatutnya membuka aib orang kan atau tidak pun menulis sesuatu yang diluar apa yang sepatutnya. mengucap panjang saya apabila saya tersedar daripada lamunan ini.

Saya ni sebenarnya sedar tak sedar seorang yang kuat gosip gak. Tak dapat gosip artis saya gosip kawan-kawan. tapi saya takdelah sampai tahap nak mencemarkan maruah orang. Namun begitu, menulis tentang orang sangatlah berbahaya. Jika tidak kena tempatnya anda boleh ditimpa musibah. Saya baca satu blog yang menyatakan bahawa ada 3 orang blogger bakal disaman oleh bekas ketua polis negara kerana menulis sesuatu berbentuk Fitnah. saya dah baca tulisan blogger tersebut dan saya percaya beliau salah seorang yang telah mendengar khabar angin dan dengan excitednya telah menulis cerita tersebut. Yang silapnya adalah tulisan beliau yang tak bertapis seolah-oleh benar insan yang didakwa itu benar-benar pelaku dalam kejadian. So, memang bahaya kalau menulis tentang orang ataupun satu organisasi melibatkan orang.

Saya masih teringat seorang blogger tu menulis di dalam blognyer tentang satu menu masakan yang dia telah cuba di sebuah gerai namun dia sangat tidak menyukainya. Dia menulis kekecewaannya di dalam blog peribadi beliau. Akhirnya, tulisan beliau telah dihidu oleh kedai makan yang ditulisnya lalu pihak kedai mengemukakan saman terhadap beliau. Kan dah naya. Dah la kecewa makan tak sedap, ditambah kecewa kena saman.

So, peringatan buat diri saya dan juga rakan-rakan sekalian agar berfikir dahulu sebelum publish tulisan anda. timbang kati sikit dan fikir adakah tulisan anda benar-benar selamat untuk dipublish kepada audience (pembaca blog)

Sekian sahaja untuk malam ini. Semoga kita berjumpa lagi ~
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
Iye..sememangnya betul dan bernas apa yg dicoretkan pingu. So berhati-hatilah kita apabila mencoretkan sesuatu isu...kalau dah panas, janganlah kita panaskan lagi siap disimbah minyak lagi...untuk memarakkan nyalaan.
Salam mesra

Alzahri

Website : http://www.ilmuasasjurutera.com
Webblog : http://www.ilmucyber.com

p/s : sudi-sudikanlah berkunjung ke teratak hamba, sekiranya suka berikanlah "Like" tanda sokongan...Big Grin
Reply
#3
kan abg Alzahri.. kekadang kita tak perasan.. dari masa ke semasa kita perlu meningkatkan kualiti penulisan kita kearah lebih baik.. Insya-Allah
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#4
Iye...sy sokong n ucapkan setinggi2 syabas kpd pingu krn dlm komuniti gempakz ni byk maklumat, byk ilmu, nasihat, informasi yg dapat di pelajari atau digunakan sebagai pengetahuan serta pedoman. Macam2 bidang dan macam2 isu yg boleh dikongsikan...sy pun x mampu nak buat macam ni. Heran jugak sy...mmg super gaban sungguh la pingu ni..
Salam mesra

Alzahri

Website : http://www.ilmuasasjurutera.com
Webblog : http://www.ilmucyber.com

p/s : sudi-sudikanlah berkunjung ke teratak hamba, sekiranya suka berikanlah "Like" tanda sokongan...Big Grin
Reply
#5
hehe adeh tp lately sy makin buzy la bro.. sy xmampu nak update maklumat sekerap dulu.. huhu..

mungkin lepas ni sy lebih update blog sy je rasanya:

http://gempakz.org/mrpingu
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Cara Menentukan Kelajuan Loading Blog anda Mr.Pingu 1 26,113 03-01-2013, 05:33 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)