04-25-2012, 09:08 PM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali ini saya nak membicarakan tentang solat. Terus ke pokok utama persoalan iaitu "Mengapa tidak solat?"
Sebenarnya ramai umat manusia yang dilahirkan sebagai ISLAM telah mengabaikan satu tanggungjawab yang besar kepada Allah. Tanggungjawab yang dimaksudkan adalah solat. Solat dituntut untuk ditunaikan 5 waktu setiap hari dan sebenarnya menunaikan solat tidaklah berat. Tidak sampai 10 minit pun diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu waktu solat itu.
Solat sering diingatkan sebagai tiang agama. Maka bagi yang tidak solat maka dia telah dilihat seolah-olah telah meruntuhkan agamanya. Allah tidak rugi sedikitpun jika kamu tidak mahu sembah tunduk kepadanya akan tetapi ketahuilah bahawa ruginya anda yang telah sedia lahir sebagai Islam namun tidak mahu dan enggan sujud kepada Penciptamu itu.
Sedarkah kamu bahawa syaitan yang dilaknat itupun masih sujud kepada Allah? Mereka hanya tidak sujud kepada Nabi Adam sahaja. Saya pernah terbaca bahawa syaitan suka kepada orang yang sering lalai dalam menunaikan solatnya namun, jika kamu tidak solat langsung maka syaitan bukan lagi suka malahan takut dan lari bertempiaran darimu kerana takutnya azab dan kemurkaan Allah keatasmu.
Maka, ayuh jalankan tanggungjawabmu sebagai hamba Allah. Tunaikan solat semoga hidupmu lebih tenang, berkat dan dipermudahkan urusanmu.
Wallahualam..