Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Sebenarnya dalam beberapa bulan ni saya mengalami masalah bandwidth yang hampir penuh dan sekali tu over limit. Kalau monthly bandwidth transfer dah over limit paham-pahamlah yang website anda akan down dan tak boleh diakses lagi. Dan saya nak tahu apa sebabnya. Adakah kerana trafik daripada pengunjung sahaja atau ada sebab lain! Justeru saya mulakan pencarian di blog-blog dan akhirnya saya jumpa juga apa yang saya mahu tahu.
Saya quote daripada blog prince91 untuk maklumat bersama:
Saya quote daripada blog prince91 untuk maklumat bersama:
Quote:Apakah BandWidth Yang Sebenarnya ?
Apa itu Bandwidth sebenarnya? Bandwidth adalah unit untuk mengukur bilangan data atau maklumat yang dihantar dalam satu jaringan atau network dalam tempoh masa tertentu. Bandwidth umumnya dinyatakan dalam unit bits/second, kilobits/second, atau megabits/second. Di dalam bidang computer networking, bandwidth kadang-kadang diertikan sebagai ‘net bit rate’ atau ‘channel capacity’.
Dalam penggunaan website hosting, istilah bandwidth sering salah diertikan dan digunakan untuk menggambarkan jumlah data yang ditransfer ke atau dari laman atau server dalam jangka masa tertentu. Contohnya, bandwidth selama satu bulan umumnya dinyatakan dalam gigabyte per bulan.
Istilah lebih tepat untuk mengukur jumlah maksimum transfer data setiap bulan atau jangka masa tertentu dalam webhosting adalah ‘transfer data bulanan’ atau ‘monthly data transfer’.
Bandwidth dalam bahasa mudah disebut juga Data Transfer atau Site Traffic secara amnya adalah data keluar masuk serta upload dan download ke akaun hosting anda.
Bandwidth Dalam Hosting
Istilah bandwidth selalu di gunapakai dalam pengiklanan pakej hosting dari perniagaan hosting. Jadi apa itu bandwidth dalam dunia web hosting ? Ada dua definisi yang biasa digunakan untuk menjelaskan apakah itu bandwidth :
Bandwidth adalah berapa besar lalu lintas data yang diperbolehkan melalui website atau laman atau blog anda ke seluruh jaringan internet atau internet networking. Jumlah bandwidth yang disediakan pakej hosting ditentukan oleh hubungan jaringan mereka, baik yang melalui internal data center mereka muhupun ke external iaitu internet public.
Yang kedua, Berapa besar Bandwidth transfer data yang diperbolehkan dalam suatu pakej hosting. Misalnya anda memiliki laman web atau blog sebesar 48KB, maka setiap pengunjung blog anda yang membuka halaman tersebut akan mengakseskan atau download data sebesar 48 KB ke komputer mereka. Jika ada 10 pengunjung ke halaman tersebut maka telah terjadi transfer data sebesar 480 KB dari server dimana file anda berada ke komputer pengunjung. Jadi Bandwidth adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan kebesaran data yang telah ditransfer keluar dari kuota space hosting anda.
Berapa Besar Bandwidth Digunakan Oleh blog anda?
Seberapa besar bandwidth yang anda gunakan ? Jumlah bandwidth yang anda gunakan bergantung kepada dua faktor iaitu,
>Sebesar mana jumlah data dalam website anda. Semakin besar fail data dalam web atau blog anda, maka besarlah jugak data terpaksa diakses oleh pengunjung blog atau website anda. Secara tidak langsung juga semakin besarlah jugak bandwith Hosting anda digunakan.
>Populariti atau trafik ke blog atau website juga memainkan peranan kerana semakin banyak trafik atau pengunjung ke laman web atau blog anda maka semakin besar penggunaan bandwidth.
Apakah Sebab Bandwidth Habis
Apakah sebab bandwidth Habis? Banyak sebab dan faktor yang menyebabkan bandwidth hosting habis atau kurang atau lebih kurang digunakan.. Antara sebabnya dengan mengambil contoh blog mj ialah
Bila menulis post atau entri terbaru.
Bila dan pengunjung blog ini membaca.
Bila pengunjung komen blog ini.
Bila berlaku hotlinking atau kecurian bandwidth.
Serta beberapa lagi sebabnya.
Aku harap info ini akan dapat membantu korang semua mengenali BandWidth kalau nak guna hosting nanti..



