Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 10 11 12 13 14 ... 40 Next »

Anak Beranak Teguk Arak di Bulan Ramadan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Anak Beranak Teguk Arak di Bulan Ramadan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-03-2012, 09:56 AM (This post was last modified: 08-03-2012, 10:02 AM by Mr.Pingu.)
Orang bulan puasa berlumba-lumba membuat amal ibadah tapi ada golongan yang tidak pernah kisah erti ramadan dan terus menerus melakukan maksiat. Itu yang berlaku di negara kita apabila pesta maksiat berlangsung walaupun di bulan yang mulia ini. Ikuti kisah sepasang anak beranak yang meneguk arak dibulan ramadan.
Quote:
KUALA TERENGGANU – Memalukan! Seorang ibu bersama anak gadisnya bukan sahaja tergamak mencemari kesucian Ramadan dengan berhibur di sebuah pusat hiburan, malah mereka dengan tidak rasa bersalah meneguk minuman keras di tingkat empat Plaza Perdana, di sini, awal pagi semalam.

Aktiviti maksiat kedua-dua beranak itu yang tinggal di Rumah Pangsa Bukit Depu, Kuala Ibai, di sini, terbongkar apabila mereka antara 52 pengunjung yang ditahan dalam serbuan ‘Ops Noda Bulan Ramadan’ oleh anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat daerah (IPD) Kuala Terengganu bersama anggota Penguat kuasa Syariah Kuala Terengganu.

Serbuan yang dilakukan kira-kira jam 1 pagi itu, ‘si ibu’ yang berusia 34 tahun dan si anak 16 tahun ditangkap ketika sedang asyik menuang minuman keras sambil berhibur dengan dikelilingi lelaki bukan muhrim, rata-rata dalam kalangan buruh dan nelayan.

Kedua-dua beranak itu yang berpakaian menjolok mata ditahan bersama lima wanita dan tujuh lelaki di bawah Seksyen 23 (1) Enakmen Jenayah Syariah Takzim Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan minum minuman memabukkan. Turut ditahan, seorang pondan berusia 32 tahun atas kesalahan memakai pakaian dan menyamai perempuan di tempat awam. Siasatan awal mendapati, dua beranak itu yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan sebelum ini pernah ditahan beberapa kali atas kesalahan sama dan didapati tidak pernah insaf.

Serbuan dilakukan selepas pihak berkuasa menerima maklumat berhubung terdapat premis yang membenarkan remaja bawah umur masuk dengan menawarkan pakej serendah RM10 sahaja jika tidak mahu minum minuman keras di samping turut menjalankan urus niaga lebih masa.

Dalam serbuan itu juga, beberapa botol minuman keras dan gelas minuman keras turut dirampas sebagai barang kes manakala tiga pekerja premis terbabit yang beragama Islam serta pemiliknya turut ditahan atas kesalahan menyediakan dan menjual minuman keras kepada orang Islam. Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan tangkapan dan operasi berkenaan.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Bersiar-siar naik kereta jenazah
Bersiar-siar naik kereta jenazah
08-10-2010 1,250 Views 0 Replies
Pesalah trafik lega
Pesalah trafik lega
08-13-2010 984 Views 0 Replies
'Saddam Hussein' minta maaf
'Saddam Hussein' minta maaf
08-08-2010 1,396 Views 0 Replies
Yeayy dah sampai kampung
Yeayy dah sampai kampung
05-14-2011 2,114 Views 3 Replies
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
01-28-2011 17,695 Views 18 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Ugut terjun bangunan kalau tak dpt cuti bulan Ramadan! Mr.Pingu 0 1,644 08-13-2010, 03:30 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-29-2026, 11:56 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend