08-11-2012, 05:51 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebagai salah seorang penjawat awam, aku tak nafikan bahawa terdapat segelintir penjawat awam yang tidak mematuhi waktu kerja. Kebiasaannya apabila keluar bersarapan selepas masuk waktu bekerja. Saya juga pernah lakukan hal ini. Bukan kerana lari daripada kerja kerana waktu tersebut saya kelapangan. Akan tetapi saya tak juga pulang pada pukul 5 dan saya sering pulang lewat sedikit.
Namun, sebenarnya perkara ini tak baik dilakukan kerana walaupun kita mungkin lapang pada masa tersebut seelok-eloknya duduk sahaja di dalam ofis dan lakukan apa-apa sahaja perkara yang berpatutan. Sebab dengan berpeleseran di luar pejabat pada waktu kerja akan memberikan gambaran yang buruk mengenai sikap kakitangan awam terhadap masyarakat setempat.
Kalau kaum wanita, ramai yang curi-curi shopping pada masa pejabat. Ini sesuatu yang perlu dielakkan pada masa-masa akan datang. Surat pekeliling pun dah banyak kali keluar berhubung isu ini. Anda bagaimana? Jum berubah!