NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kisah Hari-Hari Terakhir Bersama Ibu
#1
Assalamualaikum. Tadi saya terbaca satu kisah yang dipaparkan oleh rakan Facebook saya berkenaan kisah hari terakhirnya bersama arwah ibunya. Cukup tersentuh hati. Semoga anda semua yang masih mempunyai ibu akan terus menyayangi dan menghargai ibu anda sehingga ke akhir usianya. Setaip yang datang pasti akan pergi. Betapa sayangnya kita pada ibu kita dan juga saudara-saudara kita semua yang pasti mereka semua milik Allah. Kepadanya jua kita kembali. Wallahualam.


Quote:
Alhamdulillah. Terima kasih saya untuk semua rakan yang mengenali, termasuk yang membantu dari jauh dan dekat, hingga jenazah bonda saya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, JB dengan begitu cepat sekali.

Bebekalkan sedikit sebanyak baki ketabahan, serta doa kalian, maka dapatlah saya uruskan segalanya dengan tenang, sambil menyedari, hak yang kita amat sayang selama ini, adalah hak mutlak Allah s.w.t jua. Tak akan dapat saya dan seluruh keluarga menghalanginya. Saya dapat kawal perasaan sebak dan sedih yang begitu dahsyat, dengan harapan, adik beradik, saudara mara, jiran dan rakan, tidak turut sama menangis dan bersedih. (Hanya selepas pengebumian bonda tercinta saya, barulah airmata yg tertahan selama ini, keluar jua)

Untuk info, bagi yg tak mengetahui, juga sebagai iktibar, mak saya meninggal dunia terakhirnya, akibat, kerosakan paru paru, hati, buah pinggang. Semasa di rawat di ICU, beliau koma, tapi dapat sedar kembali dalam jangkamasa satu / dua hari. Selepas itu, doktor kata, mak saya sudah kena stroke dan kami dapati mulutnya pun sudah herot (senget).

Namun, adik adik saya kesemuanya amat cekal. Mereka amat terbaik. Kami 'tembak' air zam-zam menggunakan picagari ke mulut bonda, sambil berbisik "mak, sila telan air ini ya, saya kira 1.2.3, mak telan ya".. Walaupun mata tidak terbuka, mak saya mendengar dan menelan air tersebut.

Ajaibnya, beberapa hari sesudah itu, mak saya sedar, walaupun keadaannya terlalu lemah. Tiba tiba, pada suatu hari, saya mengajar mak saya kalimah tauhid, mak saya membacanya dengan suara yang sederhana kuat. Kami amat terkejut, dan bersyukur. Sesudah itu, beliau dapat tersedar dan otaknya kembali berfungsi, walaupun ada masanya beliau di dapati macam lupa lupa sedikit.

Ketika fasa terakhir, memang tiada yg dapat diusahakan lagi. Kami hanya menunggu dan menanti. Namun, adik beradik termasuk anak sulung saya, yg sering berkumpul di hospital, dikatakan membantu menguatkan semangat mak saya untuk terus hidup utk. beberapa hari.

Panggilan telefon terakhir diterima tatkala saya sedang bekerja, kami bergegas dari Kota Tinggi ke JB, malangnya jalan jem sana sini agak teruk. Saya hanya sampai di Larkin, bila adik adik memberitahu, mak saya sudah meninggal.

Menghimbau kembali, hubungan saya dengan mak, menyebabkan saya dapat kekal tenang, walaupun terkilan tak dapat menatap beliau untuk kali terakhir. Selaku anak sulung, saya rasa, mak amat sayang sekali pd saya. Saya jarang melukakan hati mak saya. Ada perintahnya yg kadang berat untuk laksanakan, tetap saya buat juga. Saya dapat bantu dia suap makanan / bubur ketika dia terlantar di rumah saya selama seminggu. Isteri saya juga seorang yang amat hebat, beliau menjaga dan memelihari mak saya, seolah lebih dari mak sendiri. Mak saya muntah, dia turut mengelapnya.

Saya dedikasikan juga posting ini untuk anak perempuan saya, Nurulfadhilah, yang sungguh sungguh dan amat hebat. Tak pernah saya termimpi beliau sanggup dan bersedia sepanjang masa, menemani mak baik di mana saja, di rumah saya, di rumah mak saya, di hospital dsb. Beliau tanpa geli dan keluhan, tetap terus membantu memelihara mak saya, termasuk mencuci segala najis kecil dan besar, menukar 'pampers', mengelap badan, menyapu bedak dan losyen, ubatan etc tanpa gagal.

Allah Maha Hebat, berterusan menampakkan kekuasaannya, khususnya di bulan Ramadhan ini. Di sebalik ujian hebat, dia tunjukkan pada saya, bahawasanya, saya ini seolah dikelilingi bidari bidadari syurga, iaitulah anak, isteri dan adik adik (khususnya yang perempuan), yang tersayang.

Kalau ketika kecil, saya amat takut dengan suasana perkuburan di waktu malam, rupanya waktu malam itulah (selepas tarawih), saya dapat melihat jenazah mak saya di semadikan.

Bagi rakan rakan yang buntu jika menemui situasi terakhir untuk mak kita nak kembali ke rahmatullah, seperti kisah saya ini, silalah pm ke, call ke, mungkin ada yg saya boleh share, termasuk, bagaimana nak mempercepatkan urusan pengebumian dll.

Untuk saudara mara, sahabat handai, rakan jauh dan dekat, SEMUAnya sekali, termasuk penderma yg budiman, saya akan sering doakan kalian, sebagai tanda terima kasih. Mudah mudahan, doa tersebut makbul, sama sama lah kita memperolehi kesejahteraan dunia dan akhirat..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
kisah yang cukup menyayat hati.. semoga kita semua sentiasa sayang ibu kita sampai ke akhirnya
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)