NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Tangisan Penduduk Gaza Palestin 2012
#1
Dalam pada Israel hampir pilihanraya, mereka telah mengambil tindakan menyerang gaza dan membunuh seberapa umat Islam yang tidak berdosa. Bagi mereka, darah umat Islam itu halal untuk mereka. Kanak-kanak dibunuh tanpa perikemanusiaan dan dunia seolah-olah membisu. Di mana kuasa-kuasa besar lain? Mengapa mereka tidak bertindak??

Kita sebagai rakyat Malaysia dan kebanyakkannya beragama Islam sepatutnya bersimpati untuk penduduk Gaza. Kita walaupun sukar memberi bantuan setidak-tidaknya tadahkan tangan dan panjatkan doa meminta Allah selamatkan umat Islam disana. Semoga hari kehancuran Rejim Zionis akan sampai jua suatu hari nanti.

Setiap hari, warga palestin berendam air mata, menangisi nasib mereka diperlakukan sebegitu rupa. Mereka adalah bangsa yang paling tertindas sekali di dunia. Keamanan tidak ada dalam kamus hidup mereka. Hidup setiap hari ditindas dan sering berdepan dengan risiko kehilangan nyawa mereka dan ahli keluarga. Dalam pada umat Islam disana menderita, kita umat Islam di Malaysia lalai.. Sangat lalai dalam mengemudi kehidupan kita. Adakah sedikit pun kita tak rasa bersalah dan bersimpati kepada nasib saudara seagama kita?

Sekarang ini, ramai yang mengatakan bahawa Mac Donald penyumbang kepada Rejim Zionis. Mac Donald pula secara pantas menafikan hal ini. Ini menimbulkan satu kekeliruan dan Syubhah. Namun, apa salahnya kita sebagai umat Islam menahan diri kita dari merasa ayam, burger dan segala menu daripada Mac Donald untuk menunjukkan tentangan kita terhadap kekejaman rejim Zionis di Tebing Gaza (Jika Mac Donald benar menyumbang kepada itu. Jika tidak pun, tidak mati kalau kita tak makan Mac Donald kan?).


Kebanyakkan golongan bijak pandai mengatakan bahawa "boikot" barangan Israel bukannya jalan untuk menangani isu Gaza.. Benarkah?

Namun cuba kita renungkan sejenak kisah Nabi Ibrahim a.s ketika dibakar didalam api besar oleh Raja Namrud yang kejam.. Melihat kekejaman raja itu maka datang seekor burung kecil lantas mengambil air menggunakan paruhnya yang kecil dan dititisnya di atas api yang besar itu, perbuatan tersebut ditertawakan oleh burung lain mereka berkata "usahamu hanya sia, api yang besar itu tidak mungkin terpadam dengan titisan air itu" mereka mengejek perbuatan burung itu. Lalu burung kecil itu menjawab " aku lakukan demikian kerana aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamnya..

Oleh itu, tanyalah diri anda, apa yang anda telah usahakan untuk membantu saudara kita disana..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Bantulah Gaza & Palestin Mr.Pingu 0 1,965 12-08-2012, 11:03 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)