Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › HaiWaN v
« Previous 1 2 3 4 Next »

LALAT - Haiwan yang mampu mengesan bahaya dengan pantas

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
LALAT - Haiwan yang mampu mengesan bahaya dengan pantas
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
12-25-2012, 01:19 AM
KORANG KENAL LALAT? KORANG MESTI KENAL. bINATANG TERBANG-TERBANG YANG BETUL-BETUL ANNOYING. SUKA HINGGAP SANA SINI TERUTAMANYA PADA MAKANAN. BINATANG NI KOTOR DAN BOLEH BAWA PENYAKIT. NAMUN, SATU YANG MENGGERAMKAN HATI IALAH BINATANG INI SANGAT SUKAR DIPUKUL APATAHLAGI DITANGKAP. MENGAPA YE? SEPANTAS MANA KITA MEMUKULNYA PUN KITA TAK MAMPU MEMUKUL HAIWAN INI MELAINKAN MENGGUNAKAN PENYAPU LIDI. IKUTI SEBAB MENGAPA LALAT SUKAR DIPUKUL.


Quote:
MENGAPA SANGAT SUKAR UNTUK MEMUKUL LALAT | Ramai diantara kita yang merasa bosan dengan binatang kecil bernama lalat ini. Lebih-lebih lagi dengan kitaran hidupnya yang lincah apabila anda hendak memukulnya.

Pastinya akan membuat anda akan semakin bosan dan hamun bukan? Namun pernahkah anda merasa ingin tahu dan ingin mengetahui alasan mengapa lalat susah dipukul atau ditangkap?

Seorang saintis bernama Dickinson mengaku telah mempunyai jawapan atas soalan tersebut. Ia mengatakan bahawa sekarang ia telah mempunyai jawapannya.

Dickinson yang juga melakukan kajian bersama Esther M dan Abe M Zarem mendedahkan bahawa ia telah menemui rahsia tersebut setelah melakukan beberapa pengintipan dengan cara merakam manuver atau gerakan sejumlah lalat yang hendak dipukul dengan menggunakan kamera digital canggih yang boleh merakam benda kecil dan mikroskopik dengan kelajuan dan resolusi tinggi.

Penyelidikan yang mereka hasilkan mendapati bahawa lalat dapat mengenali ancaman dengan cepat berdasarkan lokasi ancaman. Otaknya akan langsung akan mengira dengan cepat seberapa jauh ancaman terhadap dirinya sebelum memutuskan untuk mengepakkan sayap dan terbang.

Setelah ia meramalkan arah ancaman, kemudian kakinya bertumpu untuk terbang ke arah yang berlawanan. Semua persiapannya untuk segera melarikan diri boleh dilakukan serangga ini dengan sangat cepat, iaitu hanya memerlukan masa 100 milisaat (1/100 dari 1 detik) selepas ia mengesan adanya ancaman bahaya.

“Perkara tersebut amat luar biasa kerana membuktikan begitu cepatnya otak lalat untuk dapat memproses maklumat deria yang kemudian menjadi respons gerakan yang hampir menyerupai gerakan refleks,” ujar Dickinson.

Bahkan, lalat mampu menetapkan bentuk tubuhnya bersesuaian ancaman. Perkara ini menjelaskan bahawa lalat telah mengintegrasikan dengan sangat baik antara maklumat visual yang diterima dari mata dan maklumat metasensorik di kakinya.

Penemuan ini memberi petunjuk lebih dalam mengenai sistem saraf lalat dan membuktikan bahawa di otak seekor lalat terdapat suatu sistem pemetaan posisi ancaman yang sangat kompleks dan berlangsung sangat cepat.

“Ini adalah sebuah bentuk transformasi rangsangan yang kemudian menjadi gerakan yang kompleks dan kajian kami selanjutnya adalah berusaha untuk mencari bahagian otak yang menguruskannya,” ujarnya.

Berdasarkan hasil penyelidikan yang dijalankan tersebut, Dickinson juga memberikan tips mudah untuk memukul KO haiwan ini. Ia menyarankan bahawa saat yang paling berkesan untuk memukul lalat adalah bukan pada saat kedudukannya siap terbang.

Perkara tersebut kerana masa yang diperlukan oleh gerakan tangan sewaktu terangkat hingga saat gerakan memukul tentunya memerlukan waktu yang relatif lama dan lebih dari 100 milisaat dan biasanya sungguh sukar bagi manusia untuk dapat melakukan pukulan yang tepat dengan waktu 1/100 saat.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Kucing - haiwan bela jinak
Kucing - haiwan bela jinak
08-13-2010 3,007 Views 0 Replies
Jom gambarkan pandangan anda tentang burung Merpati
Jom gambarkan pandangan anda tentang burung Merpati
05-13-2011 4,503 Views 2 Replies
Jangan makan Roti gardenia.. Bahaya
Jangan makan Roti gardenia.. Bahaya
11-24-2011 2,675 Views 0 Replies
Borak Admin Mr.PiNGu Jun 2012
Borak Admin Mr.PiNGu Jun 2012
06-25-2012 1,599 Views 0 Replies
testing
testing
05-07-2011 4,394 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Gambar haiwan ganas yang penyayang Mr.Pingu 0 4,963 05-15-2013, 06:58 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Haiwan apa yang selalu menipu haiwan lain? nad_dd257 16 22,210 05-14-2011, 01:02 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Haiwan spesis sama yang berbagai warna Mr.Pingu 0 5,610 11-04-2010, 12:02 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-05-2026, 08:59 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend