NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Listen Listen Listen Versi kelantan berhubung isu Royalti
#1
Minggu lepas saya kira waktu yang paling kecoh di laman Facebook apabila fenomena "Listen" menghantui rakan-rakan saya. Bingung saya memikirkannya mengapa terlalu banyak status yang menggunakan perkataan "listen" tiba-tiba teringat akan penyanyi Beyonce yang begitu popular dengan lagu beliau, listen.

Tetapi, apabila diselidik rupa-rupanya isu Listen ini timbul apabila seorang pelajar india di Universiti Utara Malaysia, UUM telah bangkit memberikan pendapatnya tentang isu pendidikan percuma. Saya yakin ramai yang telah menonton video tersebut.

Sebelum menonton, saya baca banyak komen yang mengkritik moderator jemputan iaitu Puan Sharifah. Setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya dapati kedua-dua pihak mempunyai hujah masing-masing dan mereka masing-masing ada point untuk mempertahankan apa yang mereka percaya. Namun, pendapat saya ialah bagi pihak Sharifah, beliau perlu lebih matang dalam mengendalikan situasi yang agak tegang seperti itu. Tindakan memotong hujah bawani dan merampas mikrophone adalah sesuatu yang tidak wajar. Bagi saya beliau perlu beri Bawani ruang menghabiskan hujah yang telah disediakan (Saya lihat Bawani dah sediakan text dan masih banyak lagi yang ingin beliau sampaikan). Dari pihak bawani pula, beliau perlu lebih sopan dalam menggunakan nada suara ketika berhujah untuk menunjukkan lebih rasa hormat kepada tetamu yang juga orang lebih dewasa.

Berbalik kepada Sharifah, pada pendapat saya idea untuk mematahkan hujah Bawani adalah menarik perhatian semua kerana ia begitu unik sekali (Tapi saya tak berapa nak setuju dengan point hujah tersebut). Saya tak mahu komen lebih sebab banyak orang lain dah komen dengan lebih detail. Apa yang pasti, hujah Sharifah telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Apa yang menjanggalkan saya ialah sikap pelajar UUM yang tugasnya bertepuk tangan sahaja tak kira dari pihak mana yang memberi hujah. Di mana pendirian anda? Ada yang beranggapan mereka tidak peka ketika mendengar hujah dan hanya jadi tukang tepok tangan je. Malulah!


Tinggalkan dulu tentang bawani, sharifah dan UUM kini saya nak bawa anda ke Negeri Kelantan. Nampaknya, fenomena listen dah berada di sana. Siap pasang baner lagi. Menariknya, perkataan "Listen" ada ditulis dalam tulisan jawi. Hehe.. Kelakar. Masa ni tak silap Perdana Menteri ada berkunjung ke Kelantan dan membentang 7 janji besar buat rakyat Kelantan jika Barisan Nasional diberi mandat untuk memerintah negeri tersebut. Namun dengan scenario politik masakini saya lihat sukar untuk merampas negeri tersebut kerana sudah sekian lama ia ditadbir di bawah kerajaan Pas.

Fenomena "Listen" "Listen" "Listen" akan tetap diingati oleh rakyat Malaysia kerana ia pada pendapat saya boleh dijadikan bahan gurauan ramai pihak walaupun tujuan asal digunakan untuk menyatakan satu pandangan yang lebih serius. Sekian sahaja.

BERITA LAIN:

- Perlukah Masyarakat bergaduh disebabkan hal politik?
- PRU13: parlimen sudah bubarkah?
- Semak daftar pemilih untuk mengundi
- Kejadian Rompakan sepantas 1 saat
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)