NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Didik anak-anak anda bercakap dengan baik
#1
Kanak-Kanak 'lepas cakap'
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
fatin@bharian.com.my
2010/11/02
Bimbing anak luah perasaan secara berhemah



"Cantiknya rumah kawan mak. Besar dan banyak sangat perabot yang mahal. Kereta pun ada tiga. Kenapa kita tak duduk kat rumah macam ni? Rumah kita dahlah sempit, bersepah pulak. Kereta ayah pun kecil dan ada satu je," kata Zania kepada ibunya ketika mereka menghadiri rumah terbuka milik kawan ibunya.

Terkulat-kulat air muka ibunya untuk menjawab soalan yang diajukan anaknya secara lantang di hadapan rakan yang turut ada di rumah itu. Dalam keadaan begitu, bagaimana hendak memarahi Zania, yang baru berusia empat tahun, di khalayak ramai pula. Jika dibiarkan, bimbang nanti makin menjadi-jadi pula kelantangan mulut si kecil itu. Hari ini dia mengomel mengenai perbezaan saiz rumah dan kereta, esok lusa entah apa pula yang bakal dia komen. Namun, jika dilihat semula dalam pengajian pendidikan awal kanak-kanak menerusi pendekatan Bank Street, ada menyatakan perkembangan individu menjadi lebih berkesan apabila wujudnya interaksi antara rakan sebaya dan orang dewasa.

Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak, Dr Azizah Lebai Nordin berpendapat kanak-kanak sememangnya perlu diberikan peluang untuk meluahkan perasaan dan pendapat mereka menerusi pembelajaran harian, sekali gus memberi rangsangan terhadap perkembangan sosial dan emosi si kecil. Jelasnya, kewujudan peluang memberi kanak-kanak meluahkan perasaan mereka dapat membantu kanak-kanak untuk mengerti perasaan yang dirasai malah mengukuhkan lagi kemahiran kognitif, penghargaan kendiri dan keyakinan diri sekali gus perkembangan bahasa.

“Adalah sikap semula jadi kanak-kanak yang berada di peringkat awal perkembangan gemar mengajukan pelbagai soalan, malah menjadi satu peringkat pembelajaran semula jadi bagi mereka untuk mula memahami kejadian dan perbandingan.

“Di awal usia ini juga, mereka mula mempelajari cara penyampaian perasaan atau luahan yang dirasa menerusi percakapan. Peringkat ini penting kerana kanak-kanak gemar meniru gaya percakapan orang dewasa yang rapat dengan mereka,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Menjelas lanjut mengenai persekitaran yang memainkan peranan penting dalam mendidik tahap komunikasi kanak-kanak, katanya, kanak-kanak melihat persekitaran atau keluarga terdekat sebagai contoh atau role model. Oleh itu, tingkah laku yang positif perlu dicerminkan supaya mereka tidak mudah terpengaruh gaya percakapan lantang.

“Persekitaran memainkan peranan terpenting dalam memupuk perkembangan sosio emosi mereka. Ini membabitkan keluarga dan masyarakat. Ibu bapa memainkan peranan terpenting dalam memerhatikan perkembangan emosi yang dilalui anak mereka.

“Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan kepada kanak-kanak yang lantang dalam percakapan mereka dan ibu bapa perlu bijak menangani masalah itu tanpa membuatkan kanak-kanak rasa terhalang atau takut untuk meluahkan perasaan mereka,” katanya.

Azizah memberitahu, terdapat banyak faktor lain yang boleh menyebabkan kanak-kanak masa kini tampil bercakap lantang antaranya kerana pendapat mereka sering disangkal tanpa sebarang penjelasan lanjut menyebabkan egosentrik si kecil tercabar. Kanak-kanak di awal usia juga mempunyai sikap memberontak kerana mereka belum mahir dalam membezakan mahu pun mengawal perasaan yang dihadapi apatah lagi untuk meluahkannya. Mereka juga berpendapat apa yang dilakukan adalah betul.

“Sebagai orang yang dewasa, kita perlu sentiasa ingat bahawa kanak-kanak tidak boleh dipaksa atau dimarahi secara melulu tanpa sebarang sebab. Mereka belajar melalui perkembangan fizikal, kognitif dan sosio emosi yang ditempuhinya.

“Oleh itu, untuk memperbetulkan sikap atau kesalahan yang dilakukan, ibu bapa perlulah berlembut dan memujuk atau menasihati kanak-kanak secara baik sambil menyelitkan pengetahuan logik supaya mereka memahami kesilapan dilakukan sebelumnya,” katanya.

Tanpa mengetepikan unsur kebudayaan masyarakat ketimuran, beliau memberitahu, ibu bapa atau guru yang ingin menegur kanak-kanak sebegini juga boleh menyelitkan elemen kebangsaan dalam pendidikan moral.

“Ibu bapa dan guru boleh memberi contoh kepada mereka bagaimana masyarakat tempatan dikenali dengan kelembutan tutur bahasa sekali gus keperibadiannya. Di situ, secara tidak langsung, kanak-kanak juga mula memahami konsep kebudayaan.
Azizah memberitahu tempoh perkembangan awal kanak-kanak juga adalah tempoh waktu terbaik untuk membentuk keperibadian interpersonal mereka.

“Interpersonal memaparkan perwatakan yang positif untuk melahirkan kanak-kanak yang bersikap baik, berfikiran terbuka, kreatif dan gemar berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Golongan ini juga jauh lebih aktif malah menceriakan.

“Oleh itu, memberi ruang kepada kanak-kanak berkomunikasi adalah perlu cuma perlu berada di landasan dan cara yang betul mengikut peringkat usia mereka. Gunakan cara yang baik mendidik perkembangan emosi anak-anak anda,” katanya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
budak2 skarang mulut ae mngalah kn org tuo. cam no 2?? polek den. Huh
Reply
#3
Budak2 mmg banyak bercakap.. Sekati je kan.. Bengang mak ayah bila anak2 ckp benda yg leh menjatuhkan air muka mereka.. Huhuu
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#4
tau xpe. lg plak bdak2 ni cpt je ikut ape yg die nmpk n dgar. so, mak-bpak kne hati2 dlm stiap prbuatan n pcakapan ble ad dpan ank2 kcik ni..bhaye..
Reply
#5
Banyak juga lawak jenaka yg pingu baca melibatkan kanak2 yg menjatuhkan air muka parent mereka.. Bila difikirkan mungkin realitinya berlaku jga begitu kan? Hihii
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#6
mst ad punye..bdak2 ni kn klu bckap memang kdang2 lwak..
pingu da ad ank buah??
Reply
#7
anak buah da 3 0rang.... semua pompuan.. ada lg sorg dlm perut.. tengah tunggu hari je kata akak pingu.. dijangka lahir sebelum 7 november... hope anak lelaki la.. da byk pompuan nie
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#8
bercerita tntang kanak2 ni kan.. nad teringat anak sedare nad mase die kecik2 dulu.. hmm perangai.. xtaw nak cakap macam mane.. kalo dengar ape yang keluar dari mulut die memang menyakitkan hati.. mengalahkan orang tua.. die slalu sebut word yang kadang2 kita pk 2 3 kali jugak nak sebutnya..
tapi bile dah besar.. masuk sekolah.. alhamdulillah.. makin baik..cakap pun tak macam dulu da.. Smile
Heart ~nad~
Reply
#9
biasala nad budak2 cakap bukan pikir pun.. ngeee.. Pingu dlu pernah ckp yg teruk kepada makcik masa umur 5-6 tahun.. tp yg peliknya sy masih ingat apa yg saya ckp tu walaupun sy baru berusia tersebut dan lokasi kejadian dan apa yg berlaku masih dlm ingatan.. haha
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#10
(05-19-2011, 05:15 PM)Mr.Pingu Wrote: biasala nad budak2 cakap bukan pikir pun.. ngeee.. Pingu dlu pernah ckp yg teruk kepada makcik masa umur 5-6 tahun.. tp yg peliknya sy masih ingat apa yg saya ckp tu walaupun sy baru berusia tersebut dan lokasi kejadian dan apa yg berlaku masih dlm ingatan.. haha

:o dasyat3... orang tua2 cakap.. kalo budak2 degil mase kecik.. bile dah besar die akn jadi sebaliknya.... wink3..
Heart ~nad~
Reply
#11
yep.. tu sb sy jd seorang yg sopan santun.. wakak =p
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#12
(05-19-2011, 05:57 PM)Mr.Pingu Wrote: yep.. tu sb sy jd seorang yg sopan santun.. wakak =p

haddoi.. besopan santun ke?? adeh........ rase nak gelak golek2.. Big Grin
Heart ~nad~
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  4 TAHAP MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULLULLAH S.A.W Mr.Pingu 0 864 09-09-2020, 08:12 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Cara-cara mendidik anak dengan betul Mr.Pingu 0 2,002 06-07-2014, 11:42 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Petua Merancang kelahiran Anak Mr.Pingu 2 3,371 11-18-2013, 01:38 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Pilihlah nama anak yang baik maknanya Mr.Pingu 0 2,897 07-28-2012, 10:20 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Kreatif pancing selera anak Mr.Pingu 4 6,943 05-20-2011, 12:29 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Suami dan perempuan simpanan, Isteri dengan anak ikan Mr.Pingu 0 2,814 12-25-2010, 02:31 PM
Last Post: Mr.Pingu
  DIDIK ANAK: PERLU CARA BARU? Mr.Pingu 0 2,216 08-11-2010, 03:45 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)