NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Nasihat Imam malik
#1
Assalamualaikum. Iman ni sebenarnya boleh bertambah dan berkurang. manusia ini kadang-kadang mudah alpa dan terlupa apabila sibuk dengan urusan dunia. kesenangan, kemewahan semua membuatkan manusia lupa kepada penciptanya. maka dengan ini marilah kita saling berkongsi dan saling mengingati antara satu sama lain. Kali ini saya kongsikan mengenai Imam Malik, yang merupakan salah seorang imam Besar buat umat islam. baca sedikit info dibawah:

Quote:
Imam Malik atau nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95H/712 M dan wafat tahun 179H/796 M ketika berumur 84 tahun dan dikebumikan di perkuburan Baqi’. Beliau adalah seorang ilmuan Islam yang sangat alim,wara’, tawadhuk dan memiliki pelbagai sifat baik yang lain.

Imam Malik merupakan pengasas Mazhab Maliki yang menjadi salah satu mazhab utama dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kitab utama yang dihasilkan oleh Imam Malik r.a yang menjadi rujukan sebilangan ummat Islam di dunia pada hari ini ialah Al-Muwatta’. Karya terbesar Imam Malik r.a ini memiliki banyak keistimewaan kerana ia disusun bepandukan Al-Quran, Hadis dan fatwa para sahabat Rasulullah SAW. Kitab Al-Muwatta’ ini juga memakan masa 40 tahun untuk disiapkan setelah melalui proses suntingan yang begitu rapi dan ia mula disebarkan setelah Imam Malik r.a sendiri bermimpi bertemu Rasulullah SAW yang dalam mimpi tersebut Rasulullah SAW berpesan kepada Imam Malik r.a supaya sebarkan kitab tersebut untuk manfaat sekalian ummat.

Sebelum wafat Imam Malik r.a telah menitipkan beberapa pesanan atau nasihat yang sangat perlu diberi perhatian oleh sekalian mukmin bagi tujuan untuk mengukuhkan kefahaman serta mengamalkan Islam yang sempurna. Berikut adalah antara nasihat-nasihat beliau:

Ilmu itu adalah agama. Oleh itu hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu pelajari ilmu itu.

Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang taqwa dan khusyuk.

Apabila seseorang itu Zahid ( tidak tamakkan dunia ) Allah akan memberikan nikmat kepadanya.

Sesiapa yang hendak menjawab sesuatu masalah dia perlu bentangkan dahulu dirinya ke dalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat di akhirat.

Sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata. Sekiranya kamu syak antara dua perkara,maka ambillah yang lebih meyakinkan.

Perumpamaan orang munafik itu ketika berada di dalam masjid adalah seperti burung yang berada di dalam sangkar. Apabila pintu sangkar itu terbuka mereka berebut-rebut keluar.

Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah kebijaksanaannya.

Menurut apa yang diketahui ulama akan ditanya diakhirat kelak sebagaimana ditanya kepada Nabi.

Tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang melihat dirinya dalam satu-satu perkara tetapi orang lain tidak melihatnya sebagai ahli dalam perkara tersebut.

Orang yang menuntut ilmu agama pastilah dia bersifat warak,bersikap tenang dan bertaqwa.

Seorang alim tidak patut bercakap berkenaan ilmu kepada mereka yang tidak layak mendengarnya dan mereka yang membencinya kerana dia hanya akan menjadikan ilmu itu hina.

Allah tidak kasih kepada hamba-hambaNya yang diberi nikmat melainkan hamba itu melahirkan kesan nikmat Allah itu. Lebih-lebih lagi orang yang berilmu.

Apabila kamu ditanya berkenaan sesuatu perkara, kamu perlu halusi dan teliti dahulu pandangan kamu dengan pendapat orang lain kerana penelitian itu akan menghapuskan fikiran sempit seperti api yang menghilangkan kotoran emas.

Sesiapa yang tahu bahawa percakapannya menunjuk-nunjuk kadar amalannya maka kurangkanlah percakapannya.

Zahid kepada dunia adalah mencari keuntungan dengan memendekkan cita-cita.

Seseorang itu tidak akan menjadi baik kecuali dia meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan dirinya dan bekerja menunaikan kewajipannya.Apabila dia bersikap demikian akan terbuka mata hatinya kepada Allah.

sumber: http://ilmu2u.com/55/nasihat-imam-malik-...an-mukmin/
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)