NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Alexa ranking: Sedikit maklumat mengenainya
#1
Alexa Ranking, merupakan satu tool yang paling popular yang digunakan oleh ramai pembangun blog dan laman web untuk menentukan prestasi laman web mereka. Antaranya ialah abang Denaihati, Akak Kujie2 dan Ariffshah. Alexa memaparkan satu analisa untuk laman web anda daripada segi trafik yang masuk ke laman web anda, ranking terkini dunia + ranking terkini di sesuatu negara, jenis-jenis pelawat blog anda, key-word yang popular yang mendorong tarfik ke web anda, referer website yang banyak menyumbang trafik ke blog anda dan banyak lagi. Disini saya nak tunjuk sedikit ranking terkini Web Komuniti gempakZ ini berdasarkan Alexa trafik rank.


Baiklah, berdasarkan gambar diatas, website saya mendapat kedudukan 247,197 di dunia. maksudnya ada lagi 247,196 website yang memiliki trafik lebih baik dari trafik website ini di seluruh dunia. Anda harus ingat bahawa ranking ini boleh naik dan turun bergantung kepada trafik yang masuk. Raking ini dikira berdasarkan jumlah trafik selama 3 bulan. ranking di Malaysia pula adalah sebanyak 5,678. Disebabkan saya tidak berada di Malaysia sejak hampir 2 bulan, maka trafik ke website saya datangnya dari negara Sweden yang saya duduki ini. Sebab saya rajin buka website saya sekaligus menaikkan ranking saya di Negara Sweden juga


Berdasarkan gambar diatas, anda dibekalkan dengan maklumat mengenai prestasi laman web anda selama 3 bulan. maklumat yang dibekalkan adalah dari segi trafik rank, reach, pageview, contact info, review, time on site and search.

jika anda ingin mendapat perhatian alexa dengan baik, website anda perlu mendapat view yang banyak. maka mintalah rakan-rakan anda mendaftar bersama alexa untuk membolehkan mereka melakukan review ke atas website anda.


Jika website anda popular lebih daripada satu negara, ia akan dipaparkan juga di alexa. Website saya untuk 3 bulan ini mendapat trafik paling banyak dari malaysia dan juga sweden. kadangkala, saya juga mendapat ranking daripada negara Indonesia.

Selain itu, di sebelah kanan gambar menunjukkan subdomain. Jika anda memiliki lebih daripada satu domain dan subdomain, ia akan memaparkan peratusan pelawat untuk setiap subdomain yang dimilki, hanya jika nilainya significant. Saya memiliki lebih kurang 4-5 subdomain yang aktif namun hanya dua yang dipaparkan kerana mendapat trafik yang tinggi.

Di bahagian bawah sebelah kanan gambar ada dinyatakan keyword yang paling popular di blog anda. key word tersebut yang membantu engin carian mengindex laman web atau blog anda. Sekian sahaja untuk info ringkas pada kali ini. Semoga mendapat manfaat.

BACA JUGA:
- SEMAK PAGERANK
- SEMAK KELAJUAN BLOG
- BERMAIN SEO
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
hari ni naik lagi. kalau Rajin update dapatlah trafik.. kalau malas dia akan jatuh semula. Saya dah biasa merasai naik turun ranking alexa ni.

Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Analisa ranking Alexa mengelirukan? Mr.Pingu 0 23,247 05-18-2012, 10:03 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Alexa.com: check Ranking Website anda dikalangan semua website di Dunia Mr.Pingu 0 7,071 04-26-2011, 05:46 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)