Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 18 19 20 21 22 ... 24 Next »

Presiden GAFIM berpeluh perjelas isu penganjuran FFM23

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Presiden GAFIM berpeluh perjelas isu penganjuran FFM23
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-11-2010, 04:21 PM
'Jangan ketepikan ahli'
Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
2010/11/11
Presiden GAFIM berpeluh perjelas isu penganjuran FFM23


GARA-gara kurang berpuas hati kerana Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) terheret dengan kelemahan menganjurkan Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), ahli gabungan itu berpakat untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Presidennya, Ahmad Puad Onah dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan di Auditorium P Ramlee, Wisma Radio, Angkasapuri pada Sabtu, lalu. Ini kerana ahli GAFIM mendakwa mereka tidak terbabit dalam aktiviti FFM23 kerana semua urusan pengendalian festival dilakukan oleh Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang juga dipimpin oleh Ahmad Puad.

Itu menyebabkan Ahmad Puad didakwa membelakangkan anggota GAFIM yang mewakili gabungan 11 persatuan hiburan tanah air. Apabila FFM23 dikritik, kerana mutu penjurian dan penganjurannya, nama GAFIM turut dikaitkan seolah-olah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Antara yang lantang bersuara ialah Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Jurey Latif yang berasa kesal dengan kepimpinan GAFIM dan berharap perkara itu diambil berat bagi menjaga industri perfileman.

“Perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan minta kepimpinan GAFIM baik segala isu pun, selepas ini tidak mengetepikan ahlinya dan juga jangan membelakangkan semua presiden yang menyokong GAFIM. ika berterusan memikirkan kepentingan bersama kita selamat, tetapi kalau hanya memikirkan satu kelompok saja, kita tidak berjaya,” katanya.

Diasak dengan pelbagai isu bertalu-talu daripada ahli gabungan dalam GAFIM, membuatkan raut wajah Ahmad Puad kelihatan resah.
Bagaimanapun, beliau tetap tampil memberi penjelasan setiap persoalan yang ditimbulkan selain mengakui kesilapan yang dilakukannya.

“Sebenarnya, ini tahun akhir PFM menganjurkan FFM23. Perkara ini sudah saya bangkitkan dalam mesyuarat bulanan kita, malah saya tidak mendapat sebarang bantahan pada masa itu.

“Ketika kita dipanggil oleh FINAS untuk mesyuarat pertama FFM23, saya membawa Syed Mohamed Syed Hasan (Naib Presiden GAFIM) dan Ismail Ahmad (Setiausaha GAFIM). Dalam mesyuarat itu kita ada maklumkan bahawa ini adalah kali terakhir PFM terbabit dalam FFM23.

“Semua presiden persatuan sudah dipanggil oleh FINAS untuk menjelaskan mengenai FFM23. Memang semua presiden ada menyatakan pendirian dan sokongan mereka, tetapi tidak terbabit dalam penganjuran,” katanya.

Ahmad Puad menafikan beliau membawa ahli PFM saja dalam setiap mesyuarat atau perbincangan FFM23 sekali gus mengetepikan ahli-ahli gabungan dan GAFIM.

“Dari segi jawatankuasa, tidak benarlah PFM saja terbabit. Saya membawa Syed Mohamed dan Ismail ke mesyuarat FFM23. PFM hanya terbabit dalam jawatankuasa penjurian dan tayangan filem. Selepas mesyuarat diadakan, hanya dua kertas kerja kerja dihantar oleh Syed Mohamed dan Ismail atas nama GAFIM, iaitu bagi sesi demonstrasi dan seminar namun ditolak FINAS disebabkan kekurangan peruntukan.

“Tapi tidak bermakna mereka tidak lagi menjadi ahli jawatankuasa induk FFM23. Mereka tetap hadir sehinggalah FFM23 yang sepatutnya diadakan pada Julai ditangguhkan kepada Oktober,” katanya yang turut mengakui GAFIM agak lemah tahun ini disebabkan keuzuran dirinya. Ahmad Puad juga kesal dengan perjalanan GAFIM diketuainya tahun ini kerana kurang aktif dan progresif.

“Saya memohon maaf atas apa yang berlaku sehingga tidak dapat melaksanakan seperti mana aktiviti yang kita rancang tahun lepas. contohnya bagai mana ingin mengisi dana tabung GAFIM.

“Kita akan mengadakan mesyuarat semula dalam masa terdekat ini untuk melantik jawatankuasa kerja baru. Kita akan tulis surat permohonan kepada FINAS untuk memohon sebagai penganjuran FFM, bukan sahaja untuk tahun 2011 tetapi untuk selama-lamanya.

“Apapun kita masih memerlukan kerjasama FINAS kerana untuk melaksanakan FFM memerlukan tenaga dan khidmat nasihat mereka. Kita juga memerlukan perbelanjaan untuk melantik petugas FFM selama lapan hingga 10 bulan,” katanya lagi.

Penjelasan Ahmad Puad itu membuatkan usul undi tidak percaya yang dirancang dari awal oleh ahli GAFIM tidak diteruskan. Mesyuarat agung tahunan GAFIM ini dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Kamarudin Siaraf.

Antara yang hadir ialah Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Khir Mohd Noor; Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Harun Salim Bachik; Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim; Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA), M Daud Wahid; Persatuan Penulis Skrin Filem Malaysia (SWAM), Ismail Ahmad dan Persatuan Penyiar Malaysia (PENYIAR), Keliwon Pajhar.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articl...i_/Article
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Pelawak Yusof Chong Meninggal Dunia
Pelawak Yusof Chong Meninggal Dunia
09-07-2010 1,828 Views 0 Replies
Nelson Mandela : Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan
Nelson Mandela : Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan
08-21-2010 1,817 Views 0 Replies
Ziana Celup berlakon cerita duyong?
Ziana Celup berlakon cerita duyong?
08-08-2010 4,323 Views 2 Replies
Salam 1 MALAYSIA
Salam 1 MALAYSIA
03-11-2012 1,797 Views 2 Replies
borang soal selidik
borang soal selidik
06-11-2011 3,735 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Ziana Zain tercalon dalam FFM23 Mr.Pingu 0 1,932 10-01-2010, 11:13 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 06:00 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend