Datuk Siti Nurhaliza: Koleksi Lirik Lagu Raya (muzik video youtube mp3)
NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.comATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error".
>KLIK<< +++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++
Hari Raya dan Lagu-lagu raya seakan tidak dapat dipisahkan. memang kita akan terbuai oleh nostalgia jika mendengar lagu-lagu raya yang klasik. dan kemeriahan hari raya juga terasa dengan seleksi lagu-lagu raya terkini. Datuk Siti Nurhaliza dan lagu raya memang tidak dapat dipisahkan kini. banyak kolaksi lagu raya dendangannya yang menjadi Hit seperti Nazam lebaran, sesuci lebaran, air mata syawal, dan sebagainya. Thread ini akan diletakkan beberapa lirik lagu Datuk Siti Nurhaliza untuk tatapan anda semua
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH>>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ>>KLIK<<
09-08-2010, 03:58 PM (This post was last modified: 12-24-2013, 07:43 PM by Mr.Pingu.)
( 1 )
Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya
( 2 )
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan
( 3 )
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata
( 4 )
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah
( ulang 2, 3, 4 )
( ulang 1 )
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH>>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ>>KLIK<<
09-08-2010, 03:59 PM (This post was last modified: 12-24-2013, 07:48 PM by Mr.Pingu.)
Anggun si dara jelita berselindang dan ber'baya
Sepadan dengan pemuda tampan dan segak orangnya
Di pagi hari mulia kunjungi sanak saudara
Yang tua tidak dilupa ampun dan maaf dipinta
Yang jauh sudah pun tiba pulangnya untuk beraya
Meriah desa tercinta bagaikan pesta layaknya
Di pagi hari mulia semuanya bergembira
Tua muda miskin kaya berbeza tidak berbeza
( korus )
Mari adik marilah bang mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah lupa kitalupakan
Sila adik silakan bang sila selera jamu selera
Lemang ketupat dan rendang semua ada
Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya
Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang
( ulang dari korus )
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH>>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ>>KLIK<<
( korus )
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa... sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa
Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira
Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH>>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ>>KLIK<<
12-24-2013, 07:50 PM (This post was last modified: 12-24-2013, 07:51 PM by Mr.Pingu.)
Disana apakah ertinya Syawal
Tangisan dan rintihan tiada henti
Alangkah hibanya di Aidilfitri
Buminya bagai ambal duri
Disini hari ini lebaran yang dinanti
Sanubari bernyanyi suci murni
Amalan dirahmati pekerti lahir batin
Sesuci sebersih lebaran ini
Bersalam bermaafan
Keampunan keberkatan
Berdendang sehalaman
Bersaudara berpanjangan
Yang malang jangan lupa
Kusyukuri-Mu Rabbani
Anugerah Aidilfitri
Indahnya hari ini
Mari puji memuji kepada tuhan
Titis kasihnya melimpah seluruh alam
Mari puji memuji tuhan yang Esa
Insafi nikmat diberi di hari Raya
Di sini hari ini lebaran yang dinanti
Sanubari bernyanyi suci murni
Amalan dirahmati pekerti lahir batin
Sesuci sebersih lebaran ini
Bersalam bermaafan
Keampunan keberkatan
Berdendang sehalaman
Bersaudara berpanjangan
Yang malang jangan lupa
Kusyukuri-Mu Rabbani
Anugerah Aidilfitri indahnya hari ini
Mari puji memuji kepada tuhan
Titis kasihnya melimpah seluruh alam
Mari puji memuji tuhan Yang Esa
Insafi nikmat diberi di hari raya
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH>>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ>>KLIK<<