11-20-2010, 11:43 AM
KUALA LUMPUR, 18 NOV 2010: Sebaik saja lagu ciptaan Edry Abdul Halim atau Edry KRU berjudul Ku Ada Kamu nyanyian Naib Juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Adira tercalon lagi di tangga ke-6 teratas dalam pusingan kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 25, ada pihak telah mendakwa bahawa lagu tersebut tidak mempunyai originaliti kerana telah meniru lagu penyanyi Diana Ross bertajuk When You Tell Me That You Love Me. Menjawab dakwaan ini, Adira selaku penyanyi menjelaskan bahawa dia pernah mendengar dakwaan tersebut sebelum dia bertanding pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 25 lagi.
"Adira memang ada dengar orang cakap lagu Ku Ada Kamu ini tidak ada originaliti. Tapi, Adira sendiri belum dengar lagu yang dikatakan sama dengan lagu When You Tell Me That You Love Me. Masa Adira dapat lagu ini pun Adira masih lagi pelajar AF8. Namun, setahu Adira, lagu ini memang original.
"Adira percaya dengan Edry selaku pencipta lagu ini. Namun, Adira agak takut sekiranya dakwaan ini benar. Setakat ini, Adira masih belum hubungi Edry untuk mengetahui tentang kesahihan tuduhan berkenaan. Andai kata betul, Adira akan bertanya betul-betul pada Edry," kata Adira.
Dalam pada itu, ketika murai.com.my menghubungi Edry, Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia 23 (FFM23) seratus-peratus telah menyangkal dakwaan berkenaan.
"Saya rasa itu adalah pendapat yang salah. Ini kali pertama saya mendengar orang cakap sebegini tentang lagu tersebut. Siapa yang kata macam itu? Saya rasa ini mesti dakwaan Joe Lee (blogger hiburan terkenal).
"Saya dah tak kuasa nak layan pendapat dia. Dari dulu lagi, dia sentiasa ada saja masalah dengan lagu ciptaan saya. Lagu saya memang tak ada persamaan dengan mana-mana lagu. Kalau betul ada, kenapa dari berjuta-juta orang yang mendengar, tiada pula memberikan komen seperti dia. Kalau tak percaya,peminat boleh dengar dan bandingkan sendiri adakah ia sama atau tidak," kata Edry.
Menambah penjelasan, Edry menegaskan berkemungkinan Joe Lee keliru dengan konsep lagu ini dengan penyanyi yang dikatakan ada persamaan dengan lagu nyanyian Adira.
"Dalam simpanan saya, memang banyak lagu yang telah dibuat. Jadi, saya tak berapa ingat bilakah tarikh sebenar saya buat lagu Ku Ada Kamu. Masa saya nak berikan lagu ini untuk Adira pun, saya telah bayangkan Adira sesuai dengan konsep lagu-lagu diva.
"Penyanyi Malaysia yang mempunyai konsep lagu seperti Adira ialah Adibah Noor dan Jaclyn Victor. Jadi, saya rasa mungkin Joe Lee keliru. Saya pun merasakan ini adalah pandangan dari orang yang kurang arif dalam bidang muzik," jelas Edry.
Disamping itu, Edry tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya apabila 3 lagu ciptaannya iaitu Ku Ada Kamu (Adira), Jahat (Stacy) dan Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir) berada ditangga teratas dalam kedua-dua pusingan.
"Saya gembira. Dari awal lagi, saya memang buat lagu ini mengikut pencapaian penyanyi. Saya menganggap ia sebagai bonus.Sebagai komposer, dah menjadi tugas saya untuk buat lagu untuk menaikkan nama artis dan menghiburkan peminat.
"Saya merasakan ketiga-tiga lagu ini ada kelainan. Kesemuanya ada kepelbagaian untuk disukai. Terpulanglah kepada pihak juri. Kalaulah ia dipilih ke final, itu adalah rezeki," kata Edry mengakhiri perbualan.
~Dorg ni jeles kot lagu EDRY byk tercalon AJL..yela..dah menang FFM hrtu....biasalah lumrah manusia,sentiasa ada perasaan dengki ngan kejayaan org lain...nway,bgusla Edry xlayan ckp2 org ni...ADO DEN KESAH???GO GO EDRY!!!KRU Production mmg best!!MALATOP!!

