Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › KeKeLuaRGaaN v
1 2 3 4 5 6 Next »

Faedah Merendahkan Mahar (Maskahwin)

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Faedah Merendahkan Mahar (Maskahwin)
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
05-02-2016, 07:04 PM
[Image: turunkan%2Bharga%2Blamaran.jpg]
Kredit Gambar: Team Pencinta Allah

Melihat gambar diatas, sejuk hati apabila melihat ada wanita yang tampil membela nasib kaum lelaki dalam bab hantaran perkahwinan (wang hantaran / barang hantaran). 

Perkahwinan asalnya adalah untuk menyelamatkan manusia daripada zina. Nafsu disalurkan ke jalan yang betul dan salasiah keturunan dapat dipelihara. Namun, zaman sekarang ini nampaknya ramai yang berlumba-lumba untuk mengenakan wang hantaran yang mahal keatas pihak pengantin lelaki. Mungkin dengan nilai hantaran yang tinggi itu akan memberi kebanggaan kepada pihak pengantin perempuan.

Walhal perkahwinan itu bukan sahaja untuk lelaki tetapi untuk kedua-dua pihak. Mengapa perlu membebankan pihak lelaki jika sebenarnya hidup berumahtangga itu adalah keperluan bersama? Sudahlah lelaki selepas berkahwin akan menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan wajib mencari nafkah untuk keluarga. Justeru, perkahwinan seboleh-bolehnya perlu dipermudahkan.

Ringkasnya, pihak keluarga perempuan perlu berfikir tentang perkara ini, usah dibebankan pihak lelaki dengan wang hantaran yang tinggi semata-mata ingin bersaing dengan orang lain dan kelihatan hebat. Perkahwinan yang pada awalnya sudah didasarkan kepada sesuatu yang meterialistik dan membebankan pasti akan membawa masalah dikemudian hari. 

Sesungguhnya, sebaik-baik wanita adalah yang rendah Maharnya.

Secara ringkas, antara faedah merendahkan mahar:
(i) Dapat meringankan beban pihak lelaki untuk mengumpul wang. Selain itu, majlis perkahwinan dapat dilangsungkan dengan mengelakkan hutang-piutang.
(ii) Dapat melapangkan dada pihak lelaki. Adalah tidak baik jika majlis perkahwinan dijalankan secara membazir kerana kehidupan selepas berkahwin memerlukan kos yang lebih banyak.
(iii) Wanita yang rendah maharnya sebenarnya lebih dipandang mulia disisi Islam. Merendahkan mahar bermaksud memudahkan urusan membina masjid (nikah) maka lebih mulialah wanita itu.

Sekian sahaja.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Sukarnya berbahagi suami
Sukarnya berbahagi suami
08-11-2010 1,334 Views 0 Replies
Mr. Os: Osbon juara Maharaja Lawak Mega namun dia akan terus memandu teksi
Mr. Os: Osbon juara Maharaja Lawak Mega namun dia akan terus memandu teksi
01-04-2012 2,922 Views 0 Replies
Aksi terlampau, Seks, Lucah & Skandal, video 3gp
Aksi terlampau, Seks, Lucah & Skandal, video 3gp
08-04-2010 5,261 Views 0 Replies
Salam sejahtera semua, saya sudah mari
Salam sejahtera semua, saya sudah mari
03-19-2011 50,131 Views 57 Replies
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
05-13-2011 9,178 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 10:12 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend