Sebut sahaja Tongkat Ali atau Kacip Fatimah kepada warga Malaysia, pasti ia membuatkan mereka tersenyum. Ini kerana kedua-dua herba ini mempunyai hubung kait dengan budaya atau amalan mereka yang sudah berkelamin. Hanya dengan mendengar namanya sahaja, ia sudah memberikan gambaran asas mengenaikegunaan herba-herba ini.
Melalui penyelidikan masa kini, hasil kajian mendapati bahawa tongkat ali mempunyai sebatian aktif anti malaria dan anti kanser. Kalau ikutkan, banyak khasiat dan faedah boleh diperolehi dari kedua-dua tumbuhan herba ini. Tetapi ramai kita lebih mempercayai produk kesihatan dari luar negara. Sedangkan herba ini telah diamalkan oleh nenek moyang kita dari dulu lagi.
Dimana salahnya? Kenapa kita mengagungkan produk luar sedangkan produk kita diakui berkesan dan dipercayaai sejak turun menurun walaupun waktu dulu tidak mempunyai kepakaran seperti yang kita ada masa ini. Kini, Tongkat Ali dan Kacip Fatimah mula ditanam secara komersial kerana ianya yang kita ketahui tumbuh meliar agak sukar dijumpai. Jangan sampai satu masa nanti, cucu cicit kita tidak tahu atau menghargai khasiat yang terdapat pada tumbuhan herba ini.