Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KeSiHaTaN v
« Previous 1 ... 3 4 5 6 7 Next »

Rokok oh Rokok.. Mengapa manusia engkau merokok?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Rokok oh Rokok.. Mengapa manusia engkau merokok?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
01-16-2011, 12:45 PM


meRokok? Rasanya ia merupakan satu isu yang sudah lapuk dan sudah berulangkali diutarakan. Pastinya ramai juga sudah jemu dengan isu ini. Akan tetapi ini merupakan isu yang serius. Mengapa merokok? Sudah pasti perokok akan sekeras-kerasnya defend tindakan mereka untuk merokok. Nampak Macho? memberi ketenangan? Hilangkan stress?? itu cuma alsan semata.

Budaya merokok nampaknya sudah seakan sebati dalam jiwa masyarakat kita. Walaupun telah banyak kempen dijalankan dan kesedaran tentang bahaya merokok telah diwar-warkan sana sini, namun ia seakan mencurah air ke daun keladi. Masyarakat tidak lagi memandang merokok sebagai satu masalah besar. Ianya adalah satu rutin biasa.

Tahukah anda bahawa asap rokok mengadungi lebih dari 1000 bahan kimia berbahaya? Ah.. semua orang kot sudah tahu! termasuk perokok sendiri. Akan tetapi mereka nak juga merokok. Alasan mereka, tak kisahla umur panjang ke tak. Lagipun, tak semestinya isap rokok cepat mati. Orang tak isap Rokok pun boleh mati cepat. AWAS!

Perokok.. anda tak kasihan ke pada orang-orang lain yang tidak merokok? mereka terpaksa menghidu asap rokok anda kerana anda tidak menghormati orang di sekeliling anda. Kalau anda nak merokok, pergilah jauh-jauh di tempat yang tiada orang awam. Ni anda merokok sukahati anda sahaja. lebih-lebih lagi di gerai makan yang ramai orang. Nak makan pun hilang selera apabila terhidu asap rokok anda. Hormatilah kami yang tidak merokok..

Dalam banyak kajian dilakukan, didapati bahawa perokok pasif (means orang yang tak isap rokok tapi terhidu asap rokok orang lain) telah banyak diserang pelbagai penyakit kronik. Sangat menyedihkan apabila mereka mendapat penyakit bukan disebabkan sesuatu yang mereka buat.

Kepada lelaki - lelaki yang merokok (dan perempuan juga sudah ramai pandai merokok) anda berhentilah merokok. Jika tidak mampu, merokoklah di tempat-tempat yang jauh dari orang lain. Kasihanilah insan lain diluar sana. Yakinlah! Anda mampu melakukan perubahan~

Sekian sahaja celoteh tentang rokok di tengah hari ini.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Bahaya Kurang Tidur - Bleh akibatkan kematian awal
Bahaya Kurang Tidur - Bleh akibatkan kematian awal
08-06-2010 1,754 Views 0 Replies
Kisah kekejaman manusia terhadap anak kucing
Kisah kekejaman manusia terhadap anak kucing
10-19-2011 8,624 Views 0 Replies
Vaksin Denggi bakal dikeluarkan
Vaksin Denggi bakal dikeluarkan
08-21-2010 1,512 Views 0 Replies
hai geng gempakz
hai geng gempakz
04-03-2011 6,960 Views 10 Replies
Kenapa kena kenai aku..???
Kenapa kena kenai aku..???
02-08-2013 4,550 Views 7 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 10:50 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend