Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ SANTAI › GeNDeRS v
« Previous 1 2

30 perkara yang wanita tidak sempat memberitahu lelaki

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
30 perkara yang wanita tidak sempat memberitahu lelaki
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
09-03-2010, 03:01 PM
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Cara-cara menghilangkan stress bagi kaum wanita
Cara-cara menghilangkan stress bagi kaum wanita
10-12-2012 2,729 Views 0 Replies
Perkara-perkara yang membatalkan puasa
Perkara-perkara yang membatalkan puasa
07-22-2012 1,798 Views 0 Replies
Risiko Mengandung dan Bersalin bagi wanita Normal dan Bersalin Gunting
Risiko Mengandung dan Bersalin bagi wanita Normal dan Bersalin Gunting
02-01-2013 18,323 Views 14 Replies
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
12-29-2011 9,124 Views 3 Replies
Realiti seorang menteri besar
Realiti seorang menteri besar
08-08-2010 7,271 Views 10 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#2
03-03-2011, 04:51 PM
bukan tak sempat bagitau nih... lelaki yang suka tak amik tau... caiitt... hampeh...
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
03-03-2011, 05:08 PM
laki ni jarang nak amek tau hal2 diorg rasa remeh.. haaaaha... pompuan kene bgtau la.. ahakss
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#4
03-04-2011, 12:42 AM
tapi pompuan plk fikir...takde masa nak bagitau benda remeh kat lelaki... so camne..???
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
03-04-2011, 11:03 AM
hahaha.. yeke...

tp aku rasalah pompuan ni suke berharap lelaki tau apa dia pikir.. apa dia nak pun dia jrg nak bgtau..

tp jgnle harap laki akan tau..

sebab laki selalu pikir satu benda je dlm satu masa dan lbh straight to the point haha
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#6
03-04-2011, 02:53 PM
(03-04-2011, 11:03 AM)Mr.Pingu Wrote: hahaha.. yeke...

tp aku rasalah pompuan ni suke berharap lelaki tau apa dia pikir.. apa dia nak pun dia jrg nak bgtau..

tp jgnle harap laki akan tau..

sebab laki selalu pikir satu benda je dlm satu masa dan lbh straight to the point haha

kalau dia betui2 kenai awek dia or isteri dia.. mesti dia tau punya arr... takkan benda senang pun tak leh nak fikir...

kalau hang curang confirm awek hang sedih camtu pun tak leh nak fikir ker..??

kalau awek hang merajuk dia nak orang pujuk dia.. tapi lelaki selalu cam malas nak pujuk ego.. berlagak... cam taik... caiitt....
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#7
03-04-2011, 03:10 PM
haha xleh expect camtu.. laki ni selalu kurang aware benda2 camni.. mereka selalu pikir hal2 lain.. terutamya hal kerja business.. kadang2 bini / awek makan ati hahaa
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#8
03-04-2011, 04:23 PM
(03-04-2011, 03:10 PM)Mr.Pingu Wrote: haha xleh expect camtu.. laki ni selalu kurang aware benda2 camni.. mereka selalu pikir hal2 lain.. terutamya hal kerja business.. kadang2 bini / awek makan ati hahaa

takde makna nya diaorang tak fikir.. sebenarnya diaorang fikir.. sebab diaorang sayang awek or bini diaorang... tapi sebab kan diaorang nih ego dan fikir... alaa takyah pujuk arr.. dia sayang aku nanti dia ok arr... baik aku fikir keje aku nih lagi penting... so keje jadi no 1 hati bini no 2... bukan pasal tak fikir.. tapi ego and tak prihatin...
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#9
03-04-2011, 04:42 PM
haha kehkehhh...

yeke? tett tett hahaaa
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#10
03-04-2011, 10:03 PM
(03-04-2011, 04:42 PM)Mr.Pingu Wrote: haha kehkehhh...

yeke? tett tett hahaaa

kalah dah arr tuh.. padan muka hang.. caiitt..
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#11
05-24-2011, 12:17 PM
hiuuu.. ko lah kalah.. berdasarkan tajuk pun "perkara yang wanita tak sempat beritahu lelaki" dah sah sah la xsempat sebab asyik lambat je cam cput haha
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Lelaki ke Wanita yang lebih cerewet? Mr.Pingu 0 1,061 09-08-2019, 08:19 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Impian Sebenar Wanita yang perlu lelaki tahu Mr.Pingu 17 15,994 04-21-2014, 08:14 PM
Last Post: Mr.Pingu
  10 PERKARA BUKTI LELAKI & PEREMPUAN ITU RUMIT Mr.Pingu 1 3,710 05-18-2011, 11:16 PM
Last Post: nad_dd257

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 04:06 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend