06-18-2013, 04:53 PM
Satu kisah di mana para ulama' syiah memanggil para ulama' sunnah wal jamaah di iran untuk membincangkan dan perdebatan tentang agama. Dan pada hari yg dijanjikan untuk pertemuan itu, ahli syiah semuanya dah sampai dan ulama' sunnah ada sorang lagi belum sampai iaitu (ahmad deedat) if xsilap. Dan apabila beliau sampai saja, beliau terus buka kasut dan meletakkan kasutnya dicelah ketiaknya dan diapit erat. Para ahli syiah ketika itu pelik sekali dan bertanya "Mengapakah kamu membawa kasut masuk ke dalam masjid bersama?". Lalu ulama' sunnah menjawab, "pada zaman Rasullullah S.A.W, beliau ada berkata bahawa ahli syiah ni suka curi selipar, jadi tu sebabnya saya membawanya skali bersama". Ahli syiah kehairanan dan pelik dengan jawapan itu. Lalu salah seorang dari mereka berkata, "mana ada lagi syiah pada zaman Rasulullah". Dan ulama' sunnah menjawab, perdebatan tentang agama pada hari ni telah pun kamu jawab, soalnya dari mana datangnya agama kamu jika ianya tiada pada zaman Rasulullah?. Lalu ulama' sunnah semua bersurai.
Dalam dunia ini ada 73 jalan menuju ke jalan Allah S.W.T. namun 72 jalan semuanya ditolak. Hanya satu je diterima Allah. Iaitu sunnah wal jamaah.
Menolak utusanNYA sama sekali menolak ajaranNYA. Islam itu mudah, jangan kita merumitkannya.
Wallahualam.