Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 26 27 28 29 30 ... 40 Next »

Tun Daim Zainuddin bagi hint kenaikan harga minyak!

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Tun Daim Zainuddin bagi hint kenaikan harga minyak!
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
04-05-2011, 12:04 AM (This post was last modified: 04-05-2011, 12:05 AM by Mr.Pingu.)
Dipetik daripada Utusan Malaysia wawancara dengan Tun Daim Zainuddin:

Berdasarkan kepada perkembangan yang berlaku di negara timur tengah, bagaimana Tun melihat kesannya dari segi geopolitik, kebebasan dan hak asasi serta mungkin sebagai kuasa baru kebangkitan ekonomi?

TUN DAIM: Saya rasa masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai situasi di Timur Tengah ini. Bagi negara-negara yang bergolak seperti Tunisia, Mesir, Yemen, Bahrain dan Maghribi, proses perubahan dan peralihan masih berterusan. Tapi setakat yang dapat kita baca sekarang, lanskap politik di sana akan berubah. Bagaimana bertukarnya tergantung kepada siapa atau pihak mana akhirnya yang akan menguasai kerajaan di negara-negara itu. Apabila semua keadaan di sana tenang semula, saya jangka persoalan negara bebas untuk Palestin akan menjadi agenda utama. Kita harap persoalan itu dapat diselesaikan segera supaya sebuah negara Palestin yang berdaulat dapat dilahirkan. Dan jika salah satu punca utama keresahan rakyat di Timur Tengah iaitu Palestin jadi reda, potensi negara-negara Teluk dan lingkungan Arab itu, baik dari segi politik ataupun ekonomi, akan lebih terserlah.

Soal kebebasan dan hak asasi manusia, saya kira bukan penyebab utama kepada pergolakan di Timur Tengah. Yang lebih penting ialah soal kelembapan ekonomi, peluang pekerjaan dan pembangunan serta kurangnya infrastruktur yang asas dan moden. Revolusi bermula dari Tunisia. Sebelum krisis kewangan, Tunisia tidak menghadapi apa-apa masalah. Rakyat sanggup mengorbankan kebebasan, hak asasi manusia, dan sebagainya. Selagi ekonomi kukuh.

Apabila ekonomi menurun, kebanyakan rakyat kehilangan pekerjaan. Sebelum ini, mereka boleh berlari ke Eropah tetapi sekarang pintu itu sudah tertutup. Mereka harus hidup untuk mengisi perut yang kosong. Tetapi apabila mereka melihat pemimpin, isteri dan keluarga mereka hidup dengan penuh mewahnya dengan mengguna jet persendirian untuk membawa makanan dari Eropah dihidangkan kepada sahabat handai, mereka tidak dapat menerima pembaziran dan juga kemewahan di hadapan mereka. Pemimpin dan keluarga tidak peduli kesengsaraan disekeliling mereka dan tidak membantu sehingga rakyat membangun memberontak. Sama juga dengan Mesir dan Libya. Negara telah menjadi hak peribadi di mana pertukaran kuasa pemimpin-pemimpin hendak serahkan kepada anak-anak mereka. Kita ingin melihat Timur Tengah bertukar menjadi lebih baik dan pemimpin-pemimpin berkhidmat kepada rakyat dan bukan untuk kepentingan Amerika Syarikat.

Diktator-diktator ini hidup dengan bantuan dari Amerika yang telah memberi rasuah supaya Israel selamat di atas kesengsaraan rakyat Palestin. Tetapi bagi Malaysia, kita kena melihat dari sudut ekonomi. Harga minyak akan naik buat masa terdekat. Inflasi akan berlaku. Kita harus bersiap sedia kerana ini akan melembapkan pertumbuhan ekonomi. Ini lebih mustahak kepada kita. Kerajaan harus merancang supaya rakyat tidak merana.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
JPJ akan umumkan`Sakaratul Maut' di Jalanraya!
JPJ akan umumkan`Sakaratul Maut' di Jalanraya!
08-04-2010 1,594 Views 0 Replies
Bersiar-siar naik kereta jenazah
Bersiar-siar naik kereta jenazah
08-10-2010 1,251 Views 0 Replies
Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang
Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang
08-17-2010 1,895 Views 0 Replies
Facebook ditutup: Kenyatan balas
Facebook ditutup: Kenyatan balas
01-09-2011 6,090 Views 0 Replies
hai geng gempakz
hai geng gempakz
04-03-2011 7,183 Views 10 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kenaikan Harga Tol Menyenangkan Rakyat? Mr.Pingu 3 4,826 04-17-2014, 05:31 PM
Last Post: llama
  Kenaikan harga minyak 2013 - Aktiviti Penyeludupan petrol / diesel ke luar negara Mr.Pingu 0 2,009 10-05-2013, 12:33 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-30-2026, 04:55 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend