07-15-2018, 01:31 PM
Pakatan Harapan ada membuat Janji 100 Hari yang perlu ditunaikan jika mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Ramai yang menagih janji 100 hari ini. Namun, Kerajaan Pakatan Harapan melihat bahawa Janji ini mungkin dapat ditunaikan tetapi untuk tempoh lebih lambat kerana pelbagai masalah yang dijumpai. Contohnya Hutang Negara yang tinggi dan juga pelbagai isu kleptokrasi.
Apa-apa pun diharap Kerajaan Pakatan Harapan memberikan yang terbaik untuk Malaysia dan tidak menghampakan Rakyat yang telah memberi mandat.

