Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 2 3 4 5 6 ... 24 Next »

Hael Husaini ambil anak angkat

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Hael Husaini ambil anak angkat
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,501
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
07-29-2018, 04:48 PM


Quote:TINDAKAN penyanyi Hael Husaini yang mengambil anak angkat perempuan telah menimbulkan perbalahan segelintir netizen di laman sosial.

Terdapat netizen yang mempersoalkan hukum aurat antara penyanyi lagu Haram itu terhadap kanak-kanak berkenaan apabila dewasa nanti.

Bagaimanapun, penceramah bebas, Ustaz Mohd Safwan Syafiq yang dihubungi mStar Online berkata, terdapat jalan penyelesaian yang boleh dilakukan dari segi hukum aurat dan bersentuhan antara bapa dan anak angkat tersebut.

Katanya, terdapat tiga hukum berkaitan perkara berkenaan.

"Dalam isu ini ada tiga hukum. Pertama, jika si lelaki itu belum berkahwin dan anak perempuan tersebut tidak disusukan oleh isterinya (jika dia berkhwin selepas itu) sebelum berumur dua tahun (atau pun dalam tempoh dia masih menyusu) sehingga 5 kali kenyang secara berasingan, maka hukum aurat dengan anak tersebut apabila dewasa sama seperti seorang perempuan dengan lelaki asing (bukan mahram).

"Namun, jika dia berkahwin selepas itu, hendaklah isterinya menyusukan anak tersebut hingga 5 kali kenyang sebelum umur dua tahun (atau pun tempoh menyusu), maka hukumnya adalah mahram muabbad (selama-selamanya).

Selain itu, tambahnya, jika lelaki tersebut tidak berkahwin dalam tempoh anak itu masih menyusu, masa susuan boleh dilakukan oleh adik-beradik bapa angkat itu.

"Ada pun jika lelaki tersebut tidak berkahwin dalam tempoh anak tersebut masih menyusu, maka susukan dengan adik-beradik bapa angkatnya seperti kakak atau adik perempuan, maka hukum aurat dan sentuhan sama seperti anak saudara dengan bapa saudara.

"Hukum ketiga ini lebih kepada penyelesaian dan jika isteri, kakak dan adik perempuan tiada susu, dibolehkan ambil suntikan hormon untuk keluarkan susu," ujarnya.

Penyanyi tersebut mengambil anak angkat perempuan yang diberi nama Halena Hael pada tahun lalu dan kini sudah berusia setahun tiga bulan.

Tags / Kata Kunci:
Hael Husaini , Ustaz Safwan Syafiq

sumber: mstar.online

Komen: Bagus artis dan sesiapa sahaja mengambil anak angkat terutamanya anak yatim. Besar pahala dan menambah rezeki. Tetapi perlu diambil tahu juga batas aurat dalam beberapa keadaan. Juga hal hal kebajikan anak tersebut untuk masa depannya  Smile
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
09-02-2010 2,725 Views 0 Replies
Rumahtangga Saida ( Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Goyah?
Rumahtangga Saida ( Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Goyah?
10-20-2010 7,288 Views 6 Replies
Gambar Maizawati (janda Akhl Hayy) kahwin
Gambar Maizawati (janda Akhl Hayy) kahwin
08-10-2010 2,241 Views 0 Replies
Hobi korang..
Hobi korang..
05-12-2011 16,155 Views 22 Replies
Baguih ke idak ni?
Baguih ke idak ni?
04-20-2011 13,002 Views 24 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Hael Husaini Mendominasi Muzik-muzik Era baru Mr.Pingu 1 1,095 10-12-2020, 01:05 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-25-2026, 03:00 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend