Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 36 37 38 39 40

RM800 gaji amah tak lulus

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
RM800 gaji amah tak lulus
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-08-2010, 08:26 PM

Datuk Dr S Subramaniam, Menteri Sumber Manusia.

Kerajaan anggap cadangan Indonesia tidak munasabah

PORT DICKSON: Membebankan dan tidak munasabah. Dua faktor ini saja sudah cukup untuk membuatkan kerajaan Malaysia menolak cadangan jirannya, Indonesia yang mahu menetapkan bayaran minimum gaji pembantu rumah rakyatnya yang bekerja di negara ini sebanyak RM800 sebulan. “Pertambahan RM300 dan RM400 sebulan memang membebankan majikan selain tidak munasabah,” kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam kepada pemberita selepas Majlis Penutup Program Motivasi dan Latihan Kerjaya di Kem Uniti Pasir Panjang di sini, semalam. Bagaimanapun beliau berkata kadar bayaran bagi mereka masih boleh dinaikkan sekiranya pembantu rumah itu mengambil kursus yang diiktiraf bagi menambah kemahiran dan meningkatkan produktiviti.

"Kita mungkin boleh setuju untuk menaikkan kadar itu jika ia mengikut sistem upah berdasarkan produktiviti. Pekerja yang menghadiri kursus berkaitan dan lengkap dengan kemahiran boleh memohon gaji setaraf dengan kelayakan mereka.

"Kita juga masih belum memperkenalkan bayaran minimum bagi mana-mana industri kerana ia adalah polisi kerajaan selama ini. Bayaran kepada pekerja asing bergantung kepada kadar pasaran semasa.

"Tidak adil jika kita hanya menetapkan kadar bayaran hanya kepada pekerja domestik dari Indonesia sedangkan industri lain turut menggunakan pekerja dari negara berkenaan tidak diambil langkah sama," katanya. Subramaniam berkata, Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin sudah memutuskan untuk melanjutkan lagi perbincangan antara dua negara itu pada mesyuarat yang diadakan minggu lalu. Katanya, Malaysia dan Indonesia dijangka menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) membawa amah dari negara itu tidak lama lagi.

Buat masa ini, Indonesia membekukan kemasukan amah dari negara itu ke Malaysia sejak Jun tahun lalu berikutan beberapa kes dera sebelum ini dan kurang insentif termasuk permintaan kadar minimum gaji pembantu rumah dan cuti sehari dalam seminggu.

RM 800/ month?? banyaknyer.. sedangkan pekerja dlm sektor lain yang ada kelulusan pun dapat lebih sket je dr gaji tu! what?? demand betul!
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Tukulnya Terpacak Di Dahi ! (Pic)
Tukulnya Terpacak Di Dahi ! (Pic)
08-20-2010 1,152 Views 0 Replies
Ular sawa telan Biawak mati terapung
Ular sawa telan Biawak mati terapung
09-06-2010 3,870 Views 1 Replies
Melaka & Negeri Sembilan: Selekoh tagih nyawa
Melaka & Negeri Sembilan: Selekoh tagih nyawa
08-22-2010 1,255 Views 0 Replies
Kenangan yang tidak boleh dilupakan
Kenangan yang tidak boleh dilupakan
04-05-2011 118,662 Views 152 Replies
AWAS!: APlikasi ON blah blah and SEND to XXXXX
AWAS!: APlikasi ON blah blah and SEND to XXXXX
01-09-2011 3,838 Views 6 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Lulus 49 PPRT Mr.Pingu 0 1,287 03-01-2011, 12:49 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 10:13 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend