NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Sepasang kekasih mahu langsung perkahwinan akhir tahun maut nahas
#1

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mayat rentung dalam kemalangan maut di KM 2.7 Lebuh Raya Kempas berhampiran Kampung Kempas Baru.

JOHOR BAHRU: Impian sepasang kekasih yang gigih bekerja demi mengumpul wang untuk melangsungkan perkahwinan dijadualkan akhir tahun ini, tidak kesampaian apabila rentung bersama dalam kereta dinaiki yang terbakar sejurus dirempuh lori dalam kemalangan di Lebuhraya Kempas dekat sini, malam kelmarin. Ketika kejadian jam 10.15 malam di Kilometer 2.7 lebuh raya itu dekat Kampung Kempas Baru, Norhisham Wahab, 34, dan Rafidah Hairodin, 27, yang sudah bertunang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah sewa masing-masing, selepas keluar makan malam bersama. Nasib malang menimpa pasangan yang berasal dari FELDA Air Tawar 4 dan 5 dekat Kota Tinggi itu, apabila bahagian belakang kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kargo kosong yang melalui laluan sama.

Akibat perlanggaran itu, kereta pasangan berkenaan diseret sejauh kira-kira 50 meter sebelum terbakar dengan kedua-dua mangsa terperangkap dalam remukan kenderaan terbabit. Pekerja pejabat guaman, Mohd Amir Rashid, 38, berkata beliau dan dua rakannya yang sedang bermain badminton dalam dewan bersebelahan tempat kejadian, bergegas meninjau kemalangan terbabit sejurus terdengar bunyi dentuman.

“Ketika itu, kebakaran baru bermula di bahagian kepala lori dan belakang kereta Kancil terbabit. Ketika menghampiri kenderaan itu, saya dapati pasangan terbabit sudah terkulai di dalamnya tetapi usaha membuka pintu kereta bagi mengeluarkan mereka tidak berhasil kerana remukan kereta itu serta bahang panas akibat kebakaran.

“Ketika itu juga, seorang pemandu teksi berhenti menghulurkan bantuan alat pemadam kebakaran yang kecil tetapi tidak berupaya memadam api. Dalam kekalutan itu, secara tiba-tiba api menyambar keseluruhan kereta bersama pasangan berkenaan yang masih berada di dalamnya.

“Saya dan rakan terpaksa berundur menyelamatkan diri bimbang disambar api. Ketika itu, saya dan rakan hanya mampu melihat terkejut serta menahan sebak melihat pasangan terbabit dimamah api yang menjulang dan rasa terkilan kami tidak mampu berbuat apa-apa bagi membantu mereka,” katanya dengan rasa sedih.

Mohd Amir berkata, selepas kira-kira 10 minit kenderaan itu terbakar, secara tiba-tiba lori yang pada asalnya melekat dengan kereta terbabit, mengundur ke belakang menuruni kawasan berbukit di situ. Difahamkan, pemandu lori berkenaan sudah menghilangkan diri daripada tempat kejadian.

Ibu Norhisham, Fatimah Kamil, 59, berkata beliau menerima panggilan polis berhubung kejadian malang yang menimpa anak ketiganya daripada empat beradik itu jam 2 pagi semalam.

“Kali terakhir, saya bertemunya pada Ahad lalu apabila dia pulang ke kampung seperti kebiasaannya pada setiap hujung minggu. Saya tidak sangka itulah kali terakhir bertemu dengannya.

“Saya tahu dia sibuk melakukan pelbagai pekerjaan di sekitar Pasir Gudang kerana mengumpul wang untuk mengahwini tunangnya dikenali sebagai Fidah, akhir tahun ini, selepas menangguhnya sebelum ini kerana tidak cukup wang,” katanya yang mengesahkan kereta terbabit adalah milik Rafidah.

Ketua Zon Johor Bahru Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Penguasa Bomba Raja Saiful Iswandy Raja Hassan, berkata 12 anggota dengan tiga kenderaan dihantar ke lokasi itu dalam masa enam minit, tetapi api sudah marak dan memusnahkan seluruh kereta berkenaan.

Sementara itu, pemandu lori terbabit dikatakan menyerah diri di Balai Polis Taman Unku Tun Aminah sejurus selepas kemalangan, selepas meninggalkan lokasi kejadian dan menghubungi majikannya.

Kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana membabitkan kematian dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah di talian 07-5571952, bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
kt jb ke.. ciannya.... Confused
Heart ~nad~
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Pasangan Kekasih maut selepas berasmara? Mr.Pingu 0 2,215 05-01-2012, 04:33 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)