
Harini Admin nak kongsi pasal Syarikat Pengiklanan Google Adsense. Admin baru berjaya pasang semula google adsense selepas hampir 8 tahun tidak menggunakannya. Dulu pendapatan google adsense sangatlah sikit dan sangat sukar dapat Klik tapi apabila memasangnya semula, saya dapati google adsense telah berevolusi dengan cukup baik sekali.
Iklan yang dipaparkan cukup dinamik. Boleh muncul di mana-mana sahaja bahagian website yang difikirkan sesuai. Tidak perlu kita pening-pening nak pilih jenis iklan yang kita perlu nak pasang. Dengan hanya meletakkan satu Kod sahaja di bahagian header sudah memadai. Maksudnya ia mengurangkan web kita menjadi berat dibandingkan dengan syarikat pengiklanan lain yang terlalu banyak jenis kod iklan yang berbeza seperti nuffnang.
Google adsense sangat dipercayai justeru selain iklan yang dipaparkan relevan dan tidak putus-putus, bayaran google adsense berbaloi kerana dibayar dalam USD. fikirlah 1 USD sekarang dah RM4++. Jadi, jika anda pengusaha website / blog yang mempunyai kontent yang berkualiti boleh cuba apply. Mana tau dapat kan. Ada blogger yang mendakwa mendapat RM800 minima setiap bulan daripada blog yang beliau kendalikan. Banyak kan?
Namun, disebalik keseronokan mendapat google adsense perlu ikuti term and regulation. Jangan pernah langgar terutamanya membuat fraud klik kerana bukan sahaja anda akan di sekat oleh google adsense (dan tidak boleh apply semula) malahan hasil wang yang anda dapat itu tidak berkat. Berlaku jujur sahaja OK barulah tenang hidup.
Disini Admin senaraikan secara ringkas kelebihan Google Adsense.
Kelebihan bergabung dengan Google Adsense:
1-Network terunggul dan dipercayai ramai
2-Mudah untuk mendapat kelulusan
3-Mudah untuk dikendalikan
4-Peluang buat duit dari blog / website yang paling mudah, bagi pengusaha web yang baru
5-Jana pendapatan pasif yang lumayan jika dibuat dengan cara yang betul
6-Pembayaran tepat pada masa yang dijanjikan
7-Jana pendapatan secara Pay Per Click
8-Tidak memerlukan blog trafik yang tinggi (kalau tinggi lagi berbaloi2)
9-Sangat responsiv, mengikut konten yang ditulis diblog (justeru lebih menepati target audience.. iklan selalunya kerap keluar)
10-Paparan iklan berdasarkan pada gerak kerja pengguna
11-Iklan yang relevan sahaja dipaparkan, so that means peluang untuk iklan di ketik sangat tinggi (ini yang paling best!)


