Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 2 3 4 5 6 ... 40 Next »

Kes Covid-19 Corona Virus mendatar di Malaysia

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kes Covid-19 Corona Virus mendatar di Malaysia
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
04-06-2020, 12:07 AM (This post was last modified: 04-06-2020, 12:23 AM by Mr.Pingu.)
Walaupun kadar peningkatan kes Covid-19 di Malaysia mendatar, namun, ia tidak bermaksud rakyat Malaysia perlu selesa kerana virus ini boleh merebak dengan cepat. Jadi, teruskan menurut arahan pihak berkuasa untuk tetap duduk di rumah masing-masing untuk mengekang penularan wabak ini. semua orang perlu memainkan peranan masing-masing.


Quote:PUTRAJAYA: Peningkatan kes COVID-19 di Malaysia tidak naik secara mendadak, sebaliknya peningkatan kes baharu disebabkan aktiviti pengesanan aktif di tiga kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pada masa ini kes positif COVID-19 yang dikesan di Malaysia adalah pada kadar tujuh hingga lapan peratus daripada jumlah keseluruhan ujian pengesahan yang dijalankan.
"Peningkatan mendadak yang saya maksudkan ialah tiba-tiba dapat 1,000 kes atau 2,000 kes di Malaysia dalam sehari. Setakat ini baik. Data masih lagi mendatar belum lagi naik secara mendadak," katanya kepada pemberita pada sidang media harian COVID-19, di sini, pada Ahad.

BACA: COVID-19: Empat lagi kematian, 179 kes baharu dicatat
Beliau berkata contoh peningkatan mendadak adalah seperti di Amerika Syarikat di mana dalam satu hari ada 25,000 kes positif COVID-19.

"Macam mana Malaysia hendak urus 25,000 kes. Hospital kita pun tak cukup tempat. Ini masalahnya bila kes meningkat secara mendadak," tambah beliau.

Tiga kawasan PKPD ialah dua kampung di Simpang Renggam, Kluang, Johor dan kawasan di Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dan Menara City One di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Jadi dasar Malaysia dalam mengawal penularan COVID-19 adalah melaksanakan PKP dengan bertujuan menyekat jangkitan tempatan dan memastikan mereka dari luar negara dikuarantin dan meningkatkan pengesanan kes secara aktif, katanya.

Mengenai kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur, dari 28 Feb hingga 1 Mac lalu, beliau berkata pihaknya percaya sebilangan peserta perhimpunan itu kini mungkin berada di luar negara seperti di Sulawesi, Indonesia, India dan Pakistan.

"Apabila mereka pulang, kami memerlukan kerjasama polis dan Jabatan Imigresen supaya mereka tampil untuk melakukan ujian bagi mengelak mereka menjangkiti orang lain." katanya.

Sehingga ini, sampel ujian diambil dari kluster Sri Petaling berjumlah 17,012 dengan 1,591 didapati positif, 10,912 negatif manakala 4,500 sampel masih menunggu keputusan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 179 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah sebanyak 3,662 kes dengan 61 kematian.

-- BERNAMA
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Sabah & Sarawak: Buaya depan rumah
Sabah & Sarawak: Buaya depan rumah
08-10-2010 2,333 Views 0 Replies
Bersiar-siar naik kereta jenazah
Bersiar-siar naik kereta jenazah
08-10-2010 1,255 Views 0 Replies
Aerotrain kat KLIA dihentikan start 1 nov!!
Aerotrain kat KLIA dihentikan start 1 nov!!
08-08-2010 1,309 Views 0 Replies
Hello semua
Hello semua
03-08-2012 1,499 Views 1 Replies
hye, salam perkenalan
hye, salam perkenalan
08-14-2012 3,321 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Varian Covid-19 Afrika Selatan telah merebak di Malaysia Mr.Pingu 0 1,140 06-01-2021, 03:52 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Peningkatan Kes Covid-19 Malaysia membimbangkan Mr.Pingu 0 1,031 05-28-2021, 07:52 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Covid-19 cecah 6000 kes 2 hari berturut-turut, MALAYSIA KRITIKAL!! Mr.Pingu 0 851 05-20-2021, 06:08 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Malaysia Terbaik di Dunia Menanangi Covid-19 Mr.Pingu 1 1,249 04-21-2020, 06:54 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-02-2026, 11:43 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend