NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Malaysia Terbaik di Dunia Menanangi Covid-19
#1
Berita ini benar-benar membanggakan Malaysia. Namun, Rakyat semua harusla terus memberikan kerjasama dengan memutuskan rantaian Covid19 supaya virus ini benar-benar dapat dirawat sepenuhnya.

Quote:
Nota editor: Artikel ini ialah pandangan penulis, seperti yang disiarkan oleh pembekal maklumat kami, dan tidak mewakili pandangan MSN atau Microsoft.

PENDEKATAN mantap diambil kerajaan untuk menangani wabak COVID-19 di Malaysia mendapat penghargaan dan pengiktirafan dunia, khususnya China yang menjadi lokasi punca bermulanya wabak itu.

Portal berita berbahasa Inggeris, Chinese Global TV Network (CGTN), bukan sahaja memuji, malah mengiktiraf Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai seorang pakar perubatan unggul dunia. Pengiktirafan setanding dua nama besar lain, iaitu pakar bidang penyakit jangkitan di Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Malah, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr Ying Ru Lo, turut mengucapkan tahniah atas kecemerlangan Malaysia dan seluruh warga barisan hadapan, termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana memainkan peranan penting membendung penularan wabak COVID-19 dengan jayanya.

Penghargaan diterima hasil kolektif sumbangan, pengorbanan dan kerjasama seluruh warga petugas barisan. Tidak terkecuali rakyat Malaysia yang terbabit secara langsung atau tidak dalam setiap usaha pencegahan COVID-19.
Kejayaan dicapai ini hasil usaha KKM menetap dan melaksanakan langkah profesional dalam mengenal pasti, merawat dan membendung COVID-19 dalam negara.

Antaranya, penghasilan prosedur operasi standarad (SOP) yang sistematik dan melantik anggota baharu yang mencukupi untuk membantu KKM dalam usaha mengesan dan merawat penyakit COVID-19. Dari segi fasiliti dan kelengkapan, jumlah katil, bilik unit rawatan rapi (ICU) dan pusat ujian yang mencukupi disediakan di seluruh negara bagi tujuan menguji, merawat dan memulih pesakit COVID-19.

Malah, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dipastikan mencukupi demi menjamin keselamatan petugas barisan hadapan khasnya pasukan perubatan yang menjalankan rawatan pesakit COVID-19. KKM turut melaksanakan strategi lebih berfokus kepada pendekatan populasi bersasar dan lokasi. Untuk ini, 28 kluster tumpuan dikenal pasti untuk pemantauan rapi secara berterusan. Untuk memantapkan lagi langkah pencegahan, pengklasifikasian kawasan tumpuan jangkitan mengikut zon seperti merah, jingga, kuning dan hijau dilakukan.

Penetapan zon dibuat berdasarkan kadar kes jangkitan yang memudahkan KKM merancang dan melaksanakan langkah pembendungan wabak COVID-19 dengan lebih bersepadu. Malah KKM menjalankan ujian saringan secara besar-besaran bagi mengesan jangkitan COVID-19. Sehingga kini, lebih 109,308 individu sudah diuji dan didapati hanya 5,389 daripada mereka positif.

Ini bermakna kejayaan Malaysia berada pada aras lima peratus lebih baik berbanding tanda aras 10 peratus yang ditetapkan WHO. Kebanyakan negara hanya berjaya dalam saringannya antara enam hingga tujuh peratus. Melalui hasil usaha KKM, jumlah kes yang sembuh dan dibenar keluar hospital melebihi jumlah kes positif COVID-19 baharu. Bahkan, akhir-akhir ini, berlaku pengurangan secara drastik kadar kematian akibat penyakit itu. Pola penurunan dalam kes baharu secara drastik dan angka kematian dalam negara, jelas menunjukkan usaha kerajaan mengawal dan membendung COVID-19 membuahkan hasil.

Dalam pada itu, sebuah institusi penyelidikan mengunjurkan penularan COVID-19 di negara ini akan meningkat sehingga mencapai 9,000 kes menjelang pertengahan April ini, manakala sebuah agensi pelaburan antarabangsa, JP Morgan, membuat jangkaan jumlah kes memuncak kepada 6,300 dalam tempoh masa sama. Agensi berkenaan turut memuji langkah agresif dilaksanakan KKM yang jelas mendahului negara ASEAN dan beberapa negara Eropah.

Walaupun unjuran berkenaan meramalkan kes baharu akan meningkat dalam negara, setakat ini Malaysia berjaya mempertahankan penularan COVID-19 kepada angka kurang daripada 6,000 kes positif pada fasa ketiga khususnya sepanjang April ini dengan langkah proaktif yang teratur termasuk penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan ketat dan tegas. Bukan sahaja jumlah kes positif dilapor tidak melepasi 6,000 kes, rekod menarik turut membuktikan satu kes kematian sahaja dilaporkan pada 14 April lalu.

Secara tuntas, kejayaan membendung penularan wabak COVID-19 adalah hasil keputusan bijak dan proaktif kerajaan, disusuli pelaksanaan rawatan dan pemulihan jangkitan COVID-19 oleh KMM yang dibantu golongan barisan hadapan lain serta sokongan keseluruhan rakyat jelata.

Pengiktirafan dunia sudah pasti menjadi perangsang buat warga barisan hadapan untuk terus melaksanakan kewajipan mereka dengan lebih bersemangat. Jadi rakyat Malaysia perlu mengamalkan sikap lebih bertanggungjawab dengan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada soal pematuhan PKP. Hanya dengan itu, PKP dapat ditamatkan dan secara tidak langsung dan mungkin umat Islam di Malaysia akan dapat menyambut Aidilfitri pada Mei depan dengan lebih selesa.

Yakini bahawa Malaysia mampu menangkis ancaman wabak COVID-19 dengan jayanya.
Penganalisis Politik dan Sosioekonomi
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
Semua pihak perlu memberikan kerjasama. Jika tidak semuanya tidak akan membawa hasil dan kita akan terus dijangkiti Virus pembunuh ini.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Varian Covid-19 Afrika Selatan telah merebak di Malaysia Mr.Pingu 0 950 06-01-2021, 03:52 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Peningkatan Kes Covid-19 Malaysia membimbangkan Mr.Pingu 0 904 05-28-2021, 07:52 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Covid-19 cecah 6000 kes 2 hari berturut-turut, MALAYSIA KRITIKAL!! Mr.Pingu 0 758 05-20-2021, 06:08 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kes Covid-19 Corona Virus mendatar di Malaysia Mr.Pingu 0 898 04-06-2020, 12:07 AM
Last Post: Mr.Pingu
  KL sasar 10 terbaik dunia - sekarang baru no 70 Mr.Pingu 0 1,377 11-09-2011, 11:41 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)