Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › WaRiSaN v
1 2 3 Next »

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun selepas 70 tahun bertakhta

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun selepas 70 tahun bertakhta
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
09-09-2022, 02:24 PM (This post was last modified: 09-09-2022, 02:24 PM by Mr.Pingu.)
Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun selepas 70 tahun bertakhta.

Tempoh bertakhta selama 70 tahun itu menjadikan Elizabeth II sebagai raja/ratu kedua paling lama bertakhta dalam sejarah manusia.

Raja yang paling lama bertakhta dalam sejarah ialah Louis XIV, raja Perancis dari tahun 1643 hingga 1715, bertakhta selama 72 tahun.

Louis XIV dianggap sebagai raja Perancis yang paling hebat dalam sejarah. Perancis di bawah pemerintahannya menjadi negara paling kuat di Eropah pada abad ke-17. Besar pengaruh Perancis sampai bangsawan Rusia pun kena bertutur dalam Bahasa Perancis (ini akan diterangkan dalam buku ADIKUASA).

Cuma berbeza dengan Louis XIV yang merupakan seorang raja "absolutist" yang memiliki kuasa mutlak, Elizabeth II hanyalah seorang "constitutional monarch" (raja/ratu berperlembagaan) yang tidak mempunyai pengaruh ke atas politik Britain.

Walaupun raja/ratu Britain memiliki hak "to be consulted, to encourage, and to warn" perdana menteri, tapi yang menentukan halatuju Britain adalah PM yang bertanggungjawab kepada parlimen.

Sistem monarki berperlembagaan ini telah diamalkan sejak tahun 1688. Sementara Eropah berada di bawah bayangan kuasa mutlak Louis XIV, Britain (ketika itu masih dikenali sebagai England) telah memilih sistem yang melucutkan kuasa mutlak raja.

Waktu itu England terjerumus dalam perbalahan antara golongan pro-raja dan anti-raja. Jadi monarki berperlembagaan dipilih sebagai kompromi antara dua puak. Raja tetap bertakhta (reign) tetapi tidak memerintah (rule). Kuasa pentadbiran diturunkan kepada parlimen, kemudian PM yang dipilih dari kalangan ahli parlimen.

Sistem ini walaupun nampak melemahkan kuasa negara England, tetapi ia sebenarnya melancarkan pentadbiran. PM yang kurang cekap boleh digantikan oleh yang lebih cekap secara aman, sesuatu yang tidak dapat dilakukan sekiranya raja juga berperanan sebagai ketua pentadbiran. "Bonus" kepada sistem ini: raja boleh jadi pengadil tidak rasmi kepada ahli politik yang berbalah, dengan itu mewujudkan kestabilan.

Manakala kuasa mutlak Louis XIV telah membawa banyak mudarat kepada negaranya. Hebat mana pun Louis XIV, banyak kesilapan telah dilakukan olehnya terutamanya dalam pengurusan kewangan negara. Tapi disebabkan kuasa mutlaknya, tiada orang berani tegur dia.

Maka selepas Louis XIV mangkat, rakyat Perancis mula memberontak, membawa kepada Revolusi Perancis yang menjahanamkan Perancis buat masa hampir 100 tahun (1789-1871).

Dengan kelebihan yang ada pada sistem politik (dan juga ekonomi), Britain akhirnya berjaya mengatasi Perancis sebagai adikuasa Eropah dan dunia. Abad ke-19 dikenali sebagai "Pax Britannica". 1 per 4 dunia berada di bawah kekuasaan Britain.

Elizabeth II menaiki takhta pada tahun 1952, ketika fasa kemerosotan Pax Britannica. Kekuatan Britain telah "exhausted" dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Kedua (1939-1945). Satu per satu jajahan Britain merdeka. Kedudukan Britain sebagai adikuasa dunia digantikan oleh Amerika Syarikat yang mencipta "Pax Americana".

Bukan saja Britain merosot dari segi pengaruhnya di luar malah kemerosotan dalaman juga berlaku. Sepanjang 70 tahun Elizabeth II bertakhta, seramai 15 orang mengangkat sumpah sebagai PM Britain: Churchill (1951), Eden (1955), Macmillan (1957), Douglas-Home (1963), Wilson (1964, 1974), Heath (1970), Callaghan (1976), Thatcher (1979), Major (1990), Blair (1997), Brown (2007), Cameron (2010), May (2016), Johnson (2019), Truss (2022).

Pertukaran kepimpinan yang kerap bermaksud perubahan dasar yang kerap dan tidak konsisten, dan itu semakin melemahkan kuasa dan prestij Britain. Namun Elizabeth II mempunyai perwatakan dan karisma unik yang telah berjaya mewujudkan satu suasana kestabilan dan kelangsungan Britain. Basically kebanyakan ratu dalam sejarah England/Britain (kecuali "Bloody Mary") termasuk Elizabeth I (1558-1603), Mary II (1689-1694), Anne (1702-1714) dan Victoria (1837-1901) turut memiliki karisma unik ini.

Jadi walaupun kemangkatannya tidak memberi impak yang besar kepada politik Britain, ia ada nilai sentimental yang cukup besar bagi kebanyakan rakyat Britain.

Dan selain Britain, ada sebanyak 14 negara Commonwealth Realms (jangan dikelirukan dengan Commonwealth of Nations di mana Malaysia merupakan ahli) yang masih mengangkat raja/ratu Britain sebagai ketua negara mereka:  Antigua & Barbuda, Australia, Bahamas, Belize, Grenada, Jamaica, Kanada, New Zealand, Papua New Guinea, St. Kitts & Nevis, St. Lucia, St. Vincent & the Grenadines, Solomon Islands dan Tuvalu.

Negara-negara ini merupakan bekas jajahan Britain, tapi masih memilih untuk kekal dalam lingkungan pengaruh Britain, sedikit sebanyak atas prestij Ratu Elizabeth II.

Pada tahun lepas, Barbados telah menjadi negara pertama yang meninggalkan Commonwealth Realms pada abad ke-21 dan mengisytiharkan diri sebagai republik. Jadi selepas ini mungkin akan ada lebih banyak negara yang mengikut jejak Barbados, sekiranya Raja Charles III, William V atau George VII tidak memiliki prestij yang sama seperti Elizabeth II.

Sekiranya negara penting seperti Australia, Kanada dan New Zealand tidak lagi mengiktiraf raja Britain sebagai ketua negara dan keluar daripada Commonwealth Realm, maka Britain tidak lagi dilihat sebagai negara kuasa besar di persada dunia.

Kemangkatan Elizabeth II menandakan "end of an era", dan juga boleh jadi "the very end" atau "the beginning of an end" kepada hayat Britain sebagai kuasa besar dunia.

Kredit: Ayman Rashdan Wong

ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Sanggup beratur panjang kerna Donut
Sanggup beratur panjang kerna Donut
04-10-2011 1,527 Views 0 Replies
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
09-02-2010 2,683 Views 0 Replies
Johor: 9 tahun masih tak siap
Johor: 9 tahun masih tak siap
03-14-2011 3,676 Views 4 Replies
Salam Perkenalan Buat Semua
Salam Perkenalan Buat Semua
03-20-2012 13,516 Views 15 Replies
Salam Perkenalan
Salam Perkenalan
02-10-2017 2,993 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-30-2026, 11:18 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend